Subuh
5:36
Syuruk
6:52
Zuhur
12:56
Asar
4:02
Maghrib
6:58
Isyak
8:07
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia
28
0

PM BRITAIN LETAK JAWATAN

Calon pertama lahir hasrat mahu jadi PM Britain

Jul 09, 2022 | 05:30 AM

LONDON: Anggota Parlimen (AP) parti Konservatif Britain, Encik Tom Tugendhat (gambar), berkata beliau akan melancarkan usaha untuk menggantikan Encik Boris Johnson, yang mengumumkan peletakan jawatan sebagai perdana menteri kelmarin.

Encik Tugendhat adalah calon pertama mengumumkan hasratnya mengganti Enik Johnson.

Dalam satu tulisan pojok di Daily Telegraph, Encik Tugendhat, yang mengetuai jawatankuasa hal ehwal luar Parlimen, mengesahkan hasrat untuk mencalonkan diri bagi kepimpinan Parti Konservatif, dengan berkata beliau mahu mengumpul "gabungan luas" bagi "satu permulaan yang bersih".

"Saya pernah berkhidmat sebelum ini - di tentera, dan sekarang di Parlimen. Sekarang saya berharap dapat menjawab panggilan itu sekali lagi sebagai perdana menteri," tulisnya.

Encik Tugendhat berkata beliau akan bertanding dalam mana-mana pertandingan kepimpinan parti tetapi tidak mempunyai hubungan baik dengan penyokong setia Encik Johnson.

Seorang pengkritik China, beliau juga telah mengecam pengendalian kerajaan Britain terhadap pengunduran tentera negara itu dari Afghanistan.

Sementara itu, jadual waktu untuk mencalonkan pengganti Encik Johnson akan ditetapkan minggu depan.

Anggota berpengaruh parti itu berharap dapat menamatkan pertandingan dua peringkat sebelum parti Konservatif mengadakan persidangan tahunannya pada Oktober.

Peringkat pertama akan menyaksikan 358 AP Konservatif mengurangkan calon kepada dua, melalui pusingan pengundian berturut-turut di mana calon terbawah disingkirkan setiap kali.

Peringkat kedua pula akan melibatkan puluhan ribu anggota akar umbi parti yang memilih pemenang melalui undi sulit. - AFP.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3