Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Canada hantar senjata, wang ke Ukraine

Feb 16, 2022 | 05:30 AM



OTTAWA: Canada sedang menghantar senjata ketenteraan ke Ukraine dan meminjamkan Kyiv C$500 juta (S$529 juta) untuk membantu negara itu mempertahankan diri dalam menghadapi pencerobohan Russia.



Mengumumkan demikian kelmarin, Perdana Menteri, Encik Justin Trudeau, berkata



"Memandangkan keseriusan keadaan dan selepas perbualan dengan rakan kongsi Ukraine kami, saya telah meluluskan penyediaan peralatan tentera dan peluru bernilai C$7.8 juta.



"Ini adalah respons kepada permintaan khusus Ukraine, dan sebagai tambahan kepada peralatan tentera yang telah kami sediakan sebelumnya."



Beliau menambah, "maksud sokongan daripada Canada itu dan rakan kongsi lain adalah untuk menghalang pencerobohan Russia selanjutnya".



Di samping itu, Encik Trudeau berkata Ottawa akan menyediakan lebih banyak pinjaman kepada Ukraine, menjadikan jumlah yang diumumkan sejak awal tahun ini kepada C$620 juta.



Sekutu Barat telah menyediakan apa yang mereka sifatkan akan menjadi pakej sekatan ekonomi yang melumpuhkan sebagai tindak balas kepada sebarang serangan Russia ke atas Ukraine, walaupun Moscow berulang kali mengatakan ia tidak mempunyai rancangan sedemikian.



Latihan ketenteraan Russia baru-baru ini, termasuk dengan negara jiran Belarus, di mana Amerika Syarikat berkata Moscow telah menghantar 30,000 tentera selama lebih seminggu latihan, telah menimbulkan kebimbangan semakin meningkat.



Canada, yang menampung diaspora besar penduduk asal Ukraine, telah mengarahkan jurulatih tenteranya keluar dari Ukraine dan menutup kedutaannya di Kyiv buat sementara waktu.



Kira-kira 200 askar Canada telah ditempatkan di Ukraine sejak 2015 sebagai sebahagian operasi ketenteraan Unifier, bertujuan untuk menyumbang dan membangunkan latihan tentera Ukraine. - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >