Topik diikuti
Pergi ke BHku'Canada harus tentang Islamofobia dan diskriminasi'

MEMPERINGATI MANGSA: Encik Trudeau (depan, dua dari kanan) dan Encik Philippe Couillard (kanan) meletakkan bunga berdekatan masjid di Quebec City sempena memperingati mangsa korban serangan terhadap jemaah masjid itu pada 29 Januari tahun lalu. - Foto REUTERS
Jan 31, 2018 | 5:30 AM
'Canada harus tentang Islamofobia dan diskriminasi'
QUEBEC CITY: Perdana Menteri Canada Justin Trudeau kelmarin menyeru rakyat negara itu supaya menentang perasaan 'gerun Islam' (Islamofobia) dan diskriminasi apabila beliau memberi penghormatan kepada enam orang Islam yang terbunuh tahun lalu dalam serangan sebuah masjid di Quebec.
Encik Trudeau menyesali bahawa perbuatan membenci dan diskriminasi telah menjadi "biasa" atau "bahkan dibiarkan", sambil mengatakan di Parlimen bahawa "ia tidak sepatutnya sampai ke tahap ini".
Ikuti topik ini:
Log masuk untuk ikuti