Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Canada ingin ambil tindakan lebih tegas, bubar kumpulan pelampau susuli serangan ke atas keluarga Islam

Jun 09, 2021 | 02:21 AM



OTTAWA/LONDON, ONTARIO: Perdana Menteri Canada, Encik Justin Trudeau pada Selasa (8 Jun) berjanji akan mengambil lebih tindakan bagi membubarkan dan mematahkan pergerakan kumpulan pelampau kanan selepas satu serangan yang tercetus dari rasa benci membunuh empat anggota sebuah keluarga Islam di kota London, Ontario.



"Ini adalah serangan pengganas, yang didorong rasa benci, dalam hati salah seorang daripada masyarakat kita," kata Encik Trudeau di Dewan Rakyat selepas bertafakur selama seminit.



Keluarga yang dimaksudkan terbunuh pada Ahad (6 Jun) apabila trak pikap melepasi kekang jalan dan merempuh ke arah keluarga berkenaan yang sengaja menjadi sasaran kerana agama mereka, kata polis Canada.



"Kami akan terus menentang kebencian dalam dan luar talian...(termasuk) mengambil lebih tindakan untuk membubarkan kumpulan pelampau sepertimana yang kami lakukan ke atas kumpulan Proud Boys dengan menambah mereka pada senarai pengganas di Canada," jelas Encik Trudeau yang dijadualkan menghadiri satu upacara berkabung yang diadakan buat mangsa di masjid London Muslim Mosque lewat Selasa.



Polis London telah menangkap Nathaniel Veltman, 20 tahun, di tempat meletak kereta sekitar 500 meter daripada masjid tersebut. Dia menggunakan jaket perisai tubuh.



Veltman yang merupakan lelaki kulit putih telah didakwa dengan empat tuduhan pembunuhan darjah pertama. Pihak berkuasa sedang menyemak kemungkinan mendakwanya dengan kesalahan pengganasan.



Serangan itu adalah yang paling teruk terhadap warga Islam Canada sejak seorang lelaki menembak mati enam jemaah masjid Quebec City pada 2017.



Datuk Bandar London, Encik Ed Holder, berkata kejadian itu adalah pembunuhan beramai-ramai paling teruk dalam sejarah kota London. Pada September 2020, lelaki Islam, Mohammed Aslam Zafis, ditikam mati di luar masjid Toronto. 



Polis telah mendakwa lelaki 34 tahun dengan tuduhan membunuh.



Pada Februari, Canada telah meletakkan kumpulan pelampau Proud Boys sebagai entiti pengganas, dengan mengatakan ia membawa ancaman keselamatan aktif selepas serangan bangunan Capitol di Washington, Amerika Syarikat, pada Januari.



Walaupun kumpulan itu tidak pernah membuat serangan di Canada, pegawai rasmi mengatakan pasukan risikan domestik berasa kian bimbang mengenai kumpulan ini.



"Masyarakat Islam terfikir berapa banyak nyawa lagi akan terkorban, berapa banyak keluarga lagi akan menjadi sasaran di jalanan, berapa banyak keluarga lagi akan dibunuh sebelum kita melakukan sesuatu?" kata pemimpin parti pembangkang, Parti Demokratik Baru, Encik Jagmeet Singh, individu pertama daripada kaum minoriti yag memimpin parti politik Canada di Dewan Rakyat selepas Encik Trudeau berhujah.



Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan lewat pada Isnin, saudara-mara mangsa berkata penyerang yang dituduh dipengaruhi kumpulan yang dikaitkan dengan dirinya tetapi tidak mengenal pasti kumpulan tersebut atau menjelaskan bagaimana mereka mengetahui maklumat tersebut.



Veltman kelihatannya tidak meninggalkan banyak keterangan tentang dirinya di media sosial. Seorang jurucakap bagi Rangkaian Anti Kebencian Canada, sebuah pertubuhan yang menjejak kumpulan pelampau berkata ia merupakan sesuatu yang ganjil bagi pemuda berusia 20 tahun.



"Ada yang menyimbah racun padanya. Kami berharap maklumat lanjut akan dikongsi kelak bagi mengenal pasti dan menentukan apa yang dia tonton atau baca dalam talian atau menerusi media," kata jurucakap yang enggan namanya disiar. - Reuters



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >