SPH Logo mobile
Langgan|

Canberra batalkan pertunjukan bunga api sambut Tahun Baru dek kebakaran

Canberra batalkan pertunjukan bunga api sambut Tahun Baru dek kebakaran

Dec 30, 2019 | 5:24 PM

Canberra batalkan pertunjukan bunga api sambut Tahun Baru dek kebakaran

KEBAKARAN DI AUSTRALIA: Satu operasi menyimbah air dijalankan di Bundoora, Melbourne, pada 30 Disember 2019 sedang ibu kota Australia membatalkan pertunjukan bunga api menjelang Tahun Baru.
KEBAKARAN DI AUSTRALIA: Satu operasi menyimbah air dijalankan di Bundoora, Melbourne, pada 30 Disember 2019 sedang ibu kota Australia membatalkan pertunjukan bunga api menjelang Tahun Baru. - Foto AP

PERTH: Pertunjukan bunga api untuk menyambut Tahun Baru telah dibatalkan di ibu kota Australia sedang kebakaran di sana terus bertambah teruk.

Sementara itu, sambutan ikonik menjelang Tahun Baru di Sydney juga terus menghadapi tekanan memuncak agar ia turut dibatalkan.

Suhu di ibu kota Australia, Canberra, dijangka mencecah 38 darjah Celsius manakala suhu di Sydney pula dijangka mencecah 33 darjah Celsius esok (31 Disember).

Kebakaran di negara itu telah mengorbankan sembilan orang dan memusnahkan lebih 1,000 rumah sejak beberapa bulan lalu, dengan keadaan paling teruk di New South Wales.

Majlis Bandar Sydney telah meluluskan pertunjukan bunga api yang akan berlangsung esok.

Ini meskipun pihak berkuasa memberi amaran bahawa ia mungkin dibatalkan.

Sambutan yang popular dengan penduduk tempatan dan pelancong itu dijangka menarik sejuta orang ke Sydney Harbour dan menjana pendapatan A$130 juta ($122 juta) bagi ekonomi New South Wales.

Sementara itu, Perdana Menteri Australia Scott Morrison berkata pertunjukan itu harus diteruskan untuk menunjukkan sifat daya tahan mereka kepada dunia. - AP

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg