Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Canselor Jerman: Era pemerintahan Angela Merkel berakhir, diganti Olaf Scholz

Dec 21, 2021 | 05:30 AM



SESUDAH 16 tahun, Jerman kini memasuki era kepimpinan baru menyusuli pelantikan Encik Olaf Scholz sebagai Canselor menggantikan, Cik Angela Merkel.



Peralihan pucuk pimpinan ini berlaku selepas Jerman selesai mengadakan pilihan raya umum pada 26 September lalu dan setelah Encik Olaf, 63 tahun, dari Parti Sosial Demokratik (SDP) mendapat sokongan 395 daripada keseluruhan 736 ahli parlimen atau disebut 'Bundestag' negara itu.



Encik Scholz memimpin SDP dan bersama-sama dengan Greens dan parti liberal, Free Democrats, Encik Scholz melakar kejayaan dalam tempoh singkat bagi membentuk sebuah gabungan yang dijangka bakal mengubah landskap Jerman.



"Saya mahu tahun ini menjadi sebagai detik permulaan baharu," katanya sambil menyatakan tekad ke arah memacu pemodenan industri paling besar yang mampu menghentikan kesan perubahan iklim didalangi pelbagai aktiviti manusia.



Wawasan ini tentunya memberi rangsangan untuk rakyat Jerman mengecapi 'cita rasa' serba baru.



Yang nyata, legasi Cik Merkel akan terpahat dalam sejarah negara.



Bagi sesetengah rakyat Jerman, Cik Merkel, 67 tahun, yang pernah disenaraikan sebagai 'wanita paling berkuasa di dunia', akan dikenang sebagai tokoh politik yang memakmurkan negara dan gigih mengekalkan gagasan Kesatuan Eropah (EU).



Bagaimanapun, ada juga yang cuba membandingkannya dengan Encik Helmut Kohl, canselor terdahulu yang memimpin negara Eropah itu antara 1982 hingga 1998.



Ini kerana Encik Kohl membawa kepada penyatuan Jerman - Jerman Timur dan Jerman Barat - kurang dua dekad selepas berakhirnya Perang Dunia Ke-II.



Namun bagi penulis, hal ini bukan perbandingan yang baik kerana kedua-dua tokoh politik Jerman ini berada dalam era yang sangat berbeza, cuma tindakan dan langkah politik mereka membawa kepada kemakmuran negara 83.24 juta orang itu.



Yang jelas, Cik Merkel yang merupakan canselor wanita pertama Jerman yang dilantik pada penghujung 2005 menyerlahkan daya kepimpinannya dalam menangani krisis kewangan Eropah 2007 - sekaligus mengatasi krisis hutang Eurozone - dengan menghendaki anggota Eurozone mematuhi syarat ketat pakej bantuan kewangan bagi mengembalikan kesihatan ekonomi dan kewangan rantau itu yang menyaksikan Greece tercerut dengan hutang awam yang melumpuhkannya.



Ini kerana, beliau yakin bahawa EU yang kuat dan sepadu adalah baik untuk Jerman. Untuk itu, beliau berusaha merapatkan jurang dan mengemukakan tawaran yang adanya ditolak menteri kewangannya sendiri, demi menjamin penakatan negara-negara yang buruk ditimpa krisis hutang negara antara 2010 hingga 2012.



Cik Merkel juga menepati janji dalam menonjolkan cara Jerman menangani krisis pelarian 2015-2016 dengan membuka sempadan negaranya bagi kemasukan lebih 1 juta pelarian dari Timur Tengah walaupun langkahnya itu menimbulkan pergeseran dalam Eropah dan membawa kepada penubuhan parti-parti politik yang mendukung prinsip antipenghijrahan.



Namun pendekatan wanita berhati waja ini ternyata bijak kerana Jerman berjaya menunjukkan semangat keihsanan dan nilai kemanusiaan yang disokong majoriti rakyat Jerman kepada dunia - jauh mengatasi hipokrasi Eropah apalagi Barat - meskipun kebanjiran pendatang asing ini merubah wajah ibu kota Jerman yang menjadi lebih majmuk dan rencam.



Tidak dapat dinafikan, kontroversi menyelubungi kedua-dua keputusan dan dasar penting yang dibuat Cik Merkel itu.



Tetapi jika difikirkan dengan lebih mendalam, tanpa kesediaannya mengambil risiko yang besar, ia mungkin akan memudaratkan lagi keadaan di Eropah, meningkatkan lagi kerapuhan hubungan antara negara-negara dalam EU disebabkan jerat hutang, dan lebih bahaya lagi mendedahkan Jerman dan negara-negara Eropah kepada serangan terorisme disebabkan kegagalan mereka menghuraikan masalah pendatang asing dan krisis kemanusiaan yang berlaku di Timur Tengah masa itu.



Daya kepimpinan Cik Merkel dilihat membawa sinar harap untuk Jerman mencatat kemajuan lebih baik setelah 70 peratus mereka yang ditinjau oleh majalah Time pada September lalu menyatakan rasa gembira dengan keadaan ekonomi mereka.



Terdapat kepercayaan bahawa ini berlaku bukan disebabkan oleh Cik Merkel tetapi lebih kepada kesediaan Jerman membuka pintunya bagi eksport dari China selepas ia menyertai Pertubuhan Dagangan Sedunia (WTO) pada 2001, dan dengan kewujudan tenaga buruh yang murah dari negara-negara Eropah Timur yang pernah memeterai Perjanjian Warsaw, yang menyertai EU setahun sebelum Cik Merkel menjadi canselor.



Kini, ekonomi Jerman terus berkembang dengan kadar warga bekerja terus meningkat dan kadar pengangguran merosot, dari setinggi 11.7 peratus pada 2005 kepada 5.3 sekarang.



Memandang ke depan, tiga hal akan perlu ditentukan sejarah menyentuh kepimpinan Cik Merkel; yakni kesungguhan Jerman dalam menangani masalah perubahan iklim; kependudukan Barat dan Eropah dalam perang dua dekad di Afghanistan; dan huraian Jerman dalam menangani pandemik Covid-19.



Masa akan menentukan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >