Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Capitol diceroboh: 55 suspek didakwa

Jan 9, 2021 | 5:30 AM
KAWAL RAPI: Beberapa anggota polis dan Pengawal Nasional mengawal rapi kawasan sekeliling Capitol selepas pasukan penyokong Encik Trump menceroboh bangunan itu kelmarin. - Foto AFP
KAWAL RAPI: Beberapa anggota polis dan Pengawal Nasional mengawal rapi kawasan sekeliling Capitol selepas pasukan penyokong Encik Trump menceroboh bangunan itu kelmarin. - Foto AFP -

WASHINGTON: Pemangku peguam negara di Washington, Encik Mike Sherwin, berkata pihaknya telah mengenakan tuduhan terhadap 55 suspek dengan pelbagai kesalahan, termasuk tuduhan pecah masuk, serangan, pencurian dan memiliki senjata secara tidak sah.

Lapan suspek menghadapi tuduhan berkaitan senjata.

Seorang suspek memiliki senapang separa automatik tentera dan 11 koktel Molotov.

Encik Sherwin berkata ratusan pegawai penyiasat persekutuan dan tempatan kini sedang menyiasat dan mencari di media sosial bagi mendapatkan gambar dan klip video suspek yang terlibat dalam kegiatan yang menyalahi undang-undang.

Suspek sedang cuba ditangkap secepat mungkin. Jabatan Kehakiman (DOJ) menjangka pencarian suspek ini akan berlaku sepanjang tahun.

Jabatan itu juga mengatakan ia sedang melihat apakah ada bahan sensitif atau bahan keselamatan negara yang mungkin telah dicuri daripada meja anggota Kongres, termasuk peralatan elektronik dan dokumen.

Ketika ditanya apakah kegagalan pihak Polis Capitol untuk menangkap suspek membuat tugas pihak berkuasa federal lebih sukar, Encik Sherwin berkata sememangnya begitu.

Beliau menambah, DOJ telah membanjiri kawasan perhimpunan dengan ejen dan pegawainya, bersama pasukan polis D.C. Metropolitan.

"Tidak ada keganasan di khalayak ramai pada saat itu," sambil menambah bahawa keganasan bermula apabila penunjuk perasaan dapat melepasi halangan di sekitar bangunan Capitol.

Sementara itu, ketika ditanya sama ada pejabat peguam negara akan meneliti peranan Presiden Donald Trump dalam menghasut serangan ke atas Capitol, Encik Sherwin, berkata "semua pelaku" sedang disiasat.

"Sesiapa yang mempunyai peranan, dan jika ada bukti yang sesuai dengan unsur-unsur kejahatan, mereka akan didakwa," tegas beliau.

Encik Trump berucap kepada kumpulan penyokongnya di depan bangunan Capitol sebelum kumpulan itu menyerbu bangunan tersebut.

Mereka bertindak ganas dan melepasi halangan polis, memusnahkan tingkap dan memaksa anggota Kongres melarikan diri demi keselamatan.

Setakat ini, rusuhan ganas itu telah mengakibatkan kematian lima, termasuk seorang pegawai polis Capitol, memaksa anggota Kongres menangguhkan sidang mereka untuk memilih secara rasmi Presiden Dipilih, Encik Joe Biden, yang memenangi pilihan raya presiden November lalu.

Anggota Kongres itu kemudian kembali beberapa jam kemudian dan menyelesaikan pengesahan keputusan itu. - Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg