Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

MALAYSIA

Cara peguam Najib mahu tangguh kes tidak boleh dibenarkan

Feb 23, 2023 | 05:30 AM



PUTRAJAYA: Peguam Encik Najib Razak yang gagal menangguhkan rayuan akhir kes penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd, tidak boleh dibenarkan mengambil jalan pintu belakang melengahkan prosiding dengan menarik diri daripada mewakili mantan perdana menteri itu.



Dengan menyifatkan tindakan peguam bela Encik Najib, Datuk Hisyam Teh Poh Teik, ketika rayuan akhir pada 23 Ogos tahun lalu sebagai strategi taktikal, Timbalan Pendakwa Raya Kanan, Datuk V Sithambaram, berhujah alasan untuk menangguhkan rayuan berkenaan adalah tidak munasabah dan tidak kukuh.



Datuk Sithambaram berkata, tertuduh menunjukkan beliau berhasrat untuk menangguhkan rayuan, walau dengan apa cara sekali pun dengan menggunakan alasan melantik peguam baru, bagaimanapun 'permainan' itu memakan diri sendiri.



Beliau berkata, Mahkamah Persekutuan tidak boleh dipersalahkan kerana enggan menangguhkan pendengaran rayuan berkenaan, dan jelas firma guaman yang baru dilantik bagi mengambil alih kes dengan tujuan untuk menangguhkan rayuan yang sudah ditetapkan empat bulan sebelumnya.



Katanya, tindakan itu tidak boleh diterima kerana ia bermakna penangguhan sentiasa boleh diminta setiap kali peguam baru mengambil alih kes di saat pendengaran sudah ditetapkan.



Menurut Datuk Sithambaram lagi, Mahkamah Persekutuan menggunakan budi bicaranya untuk tidak membenarkan penangguhan dan firma guaman Tetuan Zaid Ibrahim Suflan TH Liew & Partners (ZIST) yang dilantik Encik Najib sepatutnya tidak menerima kes apabila tarikh perbicaraan sudah ditetapkan melainkan mereka bersedia dengan rayuan.



Datuk Sithambaram menambah bahawa Encik Najib hanya boleh menyalahkan diri sendiri apabila gagal mengetepikan sabitan dan hukuman 12 tahun penjara dan denda RM210 juta selepas didapati bersalah menyeleweng dana SRC International.



Beliau berkata, peguambela ketika itu terlampau yakin bahawa permohonan mereka untuk memasukkan bukti baru berhubung pembabitan keluarga bekas Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz, dan menangguhkan prosiding akan dibenarkan mahkamah.



"Mereka tidak ada memikirkan 'Pelan B' jika mahkamah tidak benarkan penangguhan itu. Hisyam dan ZIST mengambil mudah keseluruhan rayuan dengan berpuas hati mereka akan mendapat penangguhan walaupun arahan jelas daripada mahkamah bahawa rayuan utama akan diteruskan.



"Apabila ia tidak berjaya, Najib dan peguamnya buat permohonan supaya Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat yang mengetuai panel daripada mendengar rayuan menarik diri. Ini tidak lain hanyalah satu percubaan terdesak untuk melengahkan pendengaran rayuan," katanya.



Datuk Sithambaram berhujah, Mahkamah Persekutuan membuat keputusan yang betul apabila tidak membenarkan Datuk Hisyam menarik diri daripada mewakili Encik Najib selepas mahkamah menolak permohonannya untuk penangguhan.



Beliau berkata, Encik Najib mempunyai masa empat bulan untuk mendapatkan peguam baru ketika itu dan bersedia dengan kes jika dia benar-benar mahu menukar peguam sedia ada.



Katanya, pemecatan peguam sedia ada, iaitu Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah adalah tindakan yang meragukan untuk memaksa mahkamah menangguhkan rayuan.



Tan Sri Muhammad Shafee pada 19 Januari lalu menegaskan bukan salah Encik Najib ketika bekas peguamnya memohon pendengaran rayuan akhir kes ditangguhkan.



Menurut Tan Sri Muhammad Shafee, Datuk Hisyam memaklumkan sendiri kepada mahkamah tentang perkara itu.



"Oleh itu, adalah membingungkan bagi Mahkamah Persekutuan untuk tidak membenarkan penangguhan antara tiga hingga empat bulan bagi membolehkan peguam cara dan peguam bela baru untuk bersedia dengan rayuan. Begitu juga, tiada dakwaan yang sudah dibuktikan atau sebaliknya, bahawa penangguhan itu adalah satu helah," jelasnya ketika itu. - BHM.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >