Topik diikuti
Pergi ke BHkuCarrie Lam: Akta keselamatan HK tidak akan jejas hak, kebebasan
BERSIAP HADAPI BANTAHAN: Kawat berduri dipasang di atas sekatan tambahan yang dibina berhampiran Majlis Perundangan di Hong Kong semalam, menjelang tunjuk perasaan yang dirancang hari ini apabila Jawatankuasa Dewan Majlis Perundangan bermesyuarat untuk membahaskan lebih lanjut undang-undang kontroversi yang melarang menghina lagu kebangsaan China, sedang rancangan Beijing memperkenal undang-undang keselamatan baru di wilayah itu menimbulkan kebimbangan ia akan mengikis kebebasan. - Foto AFP -
Ikuti topik ini:
Log masuk untuk ikuti
May 27, 2020 | 5:30 AM
HONG KONG: Pemimpin Hong Kong Carrie Lam semalam menekankan bahawa undang-undang keselamatan nasional yang diusul bagi wilayah itu tidak akan menyekat hak dan kebebasan penduduknya.
Hujah Cik Lam itu menambah kepada percubaan oleh pegawai tempatan dan Beijing untuk memberi jaminan kepada orang ramai, di tengah-tengah kebimbangan meluas.
