Topik diikuti
Pergi ke BHkuCarrie Lam umum langkah ringankan masalah perumahan di HK
Premium
Carrie Lam umum langkah ringankan masalah perumahan di HK
Beliau terpaksa berucap menerusi video selepas ucapan dasarnya dihentikan oleh beberapa ahli parlimen yang mengejek dan menjerit
Carrie Lam umum langkah ringankan masalah perumahan di HK
SAMPAIKAN UCAPAN MENERUSI VIDEO: Cik Carrie Lam terpaksa mengentikan ucapan dasar tahunannya selepas beberapa ahli parlimen mengganggu sesinya, sehingga beliau sebaliknya terpaksa menyampaikan ucapannya menerusi paparan video semalam. - Foto REUTERS -
Oct 17, 2019 | 5:30 AM
HONG KONG: Pemimpin Hong Kong, Cik Carrie Lam, semalam mengumumkan beberapa langkah meringankan masalah kekurangan perumahan di situ dalam usaha memulihkan keyakinan dalam pentadbirannya dan menangani ketidakpuasan yang meluas selepas menyaksikan bantahan antipemerintah selama empat bulan.
Cik Lam terpaksa menyampaikan ucapannya menerusi paparan video selepas ucapan dasar tahunannya pada Majlis Perundangan dihentikan apabila beberapa ahli parlimen berulang kali mengejek dan menjerit kepadanya ketika beliau mula menyampaikan ucapan.
