Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

AS catat rekod baru 290,000 kes Covid-19 dalam tempoh 24 jam

Jan 9, 2021 | 6:51 PM
Foto hiasan GETTY IMAGES NORTH AMERICA
Foto hiasan GETTY IMAGES NORTH AMERICA -

WASHINGTON: Amerika Syarikat mencatat jumlah rekod kes koronavirus pada Jumaat (8 Januari) dengan hampir 290,000 kes dilaporkan dalam tempoh 24 jam, jelas hasil kiraan pengamatan masa nyata Universiti John Hopkins.

Negara ini, yang paling teruk dilanda pandemik Covid-19 dalam dunia, juga mencatat 3,676 kematian daripada virus berkenaan pada hari yang sama, tambah universiti yang berpangkalan di Baltimore.

Pada hari sebelumnya, Amerika Syarikat mencatat hampir 4,000 kes kematian, bilangan yang tinggi, dalam tempoh 24 jam.

Sekitar 131,000 individu kini dirawat di hospital serata Amerika kerana Covid-19, tambah Projek Penjejak Covid.

Ekonomi terbesar dunia ini telah melaporkan 21.8 juta kes koronavirus dan lebih 368,000 kematian sejak awal pandemik.

Namun, usaha menangani wabak ini nampaknya ketinggalan dengan kurang enam juta orang menerima suntikan pertama daripada dua yang dikendalikan di negara seramai 330 juta penduduk.

Negara ini, dengan keterbatasan kesihataan berbeza daripada satu tempat ke tempat lain akhirnya bergantung pada kempen vaksinasi besar-besaran yang bermula pada pertengahan Disember lalu bagi menamatkan krisis kesihatan ini. - AFP

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg