Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

COVID-19 DI SERATA DUNIA

CDC AS akui silap naikkan penilaian risiko Hong Kong

Sep 30, 2021 | 05:30 AM



WASHINGTON: Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat mengaku tersilap meletak Hong Kong sebagai berisiko semakin meningkat bagi koronavirus apabila ia mengeluarkan amaran perjalanannya bagi kota itu dan Singapura awal minggu ini.



Penyenaraian peningkatan Hong Kong dilakukan secara tidak sengaja, kata agensi itu kelmarin.



CDC menyenaraikan semula status Hong Kong ke Tahap Satu - menunjukkan risiko rendah, di laman webnya, kata seorang jurucakap.



Tahap itu paling rendah di bawah sistem notis kesihatan perjalanan CDC yang mempunyai empat tahap.



Singapura kekal pada Tahap 3 setelah tahap risikonya dinaikkan minggu ini oleh CDC apabila jangkitan Covid-19 di negara itu meningkat paling tinggi sejak pandemik itu bermula.



CDC menasihatkan mereka yang belum mendapatkan vaksin mengelakkan perjalanan tidak penting ke Singapura memandangkan jangkitan Covid-19 di negara itu di "tahap tinggi".



"Semua pelancong mungkin berisiko mendapat dan menyebarkan varian Covid-19," kata agensi itu.



Notis kesihatan perjalanan tertinggi CDC ialah Tahap 4.



Keputusan CDC meningkatkan Hong Kong ke Tahap 2 sebelum ini mengelirukan. Tahap itu diberi kepada lokasi yang mempunyai koronavirus "tahap sederhana".



Ini termasuk nasihat perjalanan tidak penting ke kawasan itu harus dielakkan oleh sesiapa yang tidak mengambil vaksin dan mempunyai risiko lebih tinggi mengalami sakit teruk daripada Covid-19.



Sedang Singapura melaporkan jumlah kes harian lebih 1,000 sejak pertengahan bulan ini, Hong Kong menyaksikan kurang 10 kes hampir setiap hari sejak akhir bulan lalu.



Belum ada jangkitan tempatan di Hong Kong sejak pertengahan bulan lalu dan ia belum mengalami jangkitan varian Delta.



Namun, lebih 80 peratus penduduk Singapura sudah divaksinasi sepenuhnya.



Kriteria utama menentukan nasihat kesihatan perjalanan CDC bagi destinasi seluas Hong Kong dan Singapura ialah jumlah kes baru dan unjuran kes baru, menurut laman web CDC.



Nilai ambang bagi Tahap 2, misalnya, ialah antara 50 hingga 99 kes baru selama 28 hari lalu bagi setiap 100,000 penduduk tempatan.



Nilai ambang bagi Tahap 3 ialah antara 100 hingga 500 kes, kata laman web.



"Maklumat tambahan seperti kemasukan ke hospital dan jumlah kes import mungkin dipertimbang apabila berlaku keadaan tidak konsisten atau masalah lain dilaporkan," kata laman CDC.



Singapura sekarang digolongkan bersama negara yang termasuk Indonesia, Australia, Canada dan Brazil.



Tahap 2 setara dengan India, Korea Selatan dan Kemboja.



Perancis dan Malaysia antara negara di bawah Tahap 4, iaitu mempunyai kes Covid-19 "sangat tinggi".




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >