Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Cederakan bekas isteri: Awie didenda RM2,000

May 11, 2016 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Penyanyi rok Awie didenda RM2,000 ($676) oleh Mahkamah Majistret di sini semalam selepas mengaku bersalah mendatangkan kecederaan terhadap bekas isterinya dua tahun lalu.



Majistret Husna Dzulkifly memerintahkan Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 48 tahun, dipenjara dua bulan jika gagal membayar denda, lapor Berita Harian Online Malaysia semalam.



Pada 15 Februari lalu, Awie, yang juga bapa lima anak, tidak mengaku bersalah terhadap pertuduhan mencederakan Cik Rozana Misbun, 38 tahun, di kaunter PNB Jalan Tun Razak di sini pada 3 petang, 2 Jun 2014.



Dia didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara setahun atau denda RM2,000 atau keduaduanya sekali, jika sabit kesalahan.



Prosiding semalam ditetapkan bagi perbicaraan, namun Awie memilih menukar pengakuannya selepas pertuduhan pindaan dibacakan terhadapnya.



Pada 7 Mac lalu, Mahkamah Majistret Ampang membebaskan Awie daripada pertuduhan mencederakan Cik Rozana di sebuah rumah di Taman Ukay Bistari, Ukay Perdana, Hulu Kelang, selepas mereka bersetuju kes itu diselesaikan di luar mahkamah.



Ini selepas kedua-dua pihak bersetuju kes diselesaikan dengan cara membayar kompaun RM10,000 ($3,380), dan Awie memohon maaf.



Vokalis kumpulan Wings itu kemudiannya memohon maaf secara terbuka kepada Cik Rozana.



"Saya Ahmad Azhar Othman dengan tulus ikhlas dan suci hati, dengan mengambil kira kebajikan anak-anak dan demi menjimatkan masa mahkamah yang mulia ini, dengan ini mengemukakan permohonan maaf kepada Rozana.



"Saya dan Rozana bersetuju bahawa ini merupakan jalan terbaik untuk menyelesaikan episod hitam di dalam hidup kami bagi meneruskan perjalanan hidup kami masing-masing," kata penyanyi itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >