SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Cef Wan soal menteri: Kenapa pendatang tak boleh jadi tukang masak?

Cef Wan soal menteri: Kenapa pendatang tak boleh jadi tukang masak?

Jun 24, 2018 | 2:10 PM

Cef Wan soal menteri: Kenapa pendatang tak boleh jadi tukang masak?

Cef Wan berkata makanan adalah seperti cinta yang tiada batasan dan ramai cef dari Malaysia bekerja di pelbagai bandar di dunia.
Cef Wan berkata makanan adalah seperti cinta yang tiada batasan dan ramai cef dari Malaysia bekerja di pelbagai bandar di dunia. - Foto THE STAR

KUALA LUMPUR: Cef terkenal Malaysia, Datuk Redzuawan Ismail, atau Chef Wan, berpendapat tindakan kerajaan mengarahkan semua pengusaha restoran di negara ini mengambil tukang masak tempatan sahaja bermula 1 Jan depan sebagai tidak wajar.

Cef Wan menerusi Instagram menyifatkan keputusan itu seolah-olah meletakkan diskriminasi terhadap pendatang asing yang bekerja sebagai tukang masak di negara ini.

"Makanan adalah seperti cinta yang tiada batasan. Ramai cef dari Malaysia yang bekerja di pelbagai bandar di dunia dan melakukan perkara sama.

"Soalan saya kepada menteri, mengapa pendatang ke negara ini tidak boleh memasak masakan Malaysia hanya kerana mereka bukan orang tempatan?

"Kenapa perlu kita mendiskriminasikan mereka? Negara lain tak pula layan bangsa lain seperti penduduk kelas kedua," tulisnya.

Pada Khamis (21 Jun), Menteri Sumber Manusia, Encik M. Kulasegaran, berkata semua pengusaha akan diberi masa hingga hujung tahun ini untuk mematuhi syarat tersebut.

Menurut beliau, peraturan itu akan mengurangkan kebergantungan restoran tempatan pada tenaga kerja asing dan bagi memastikan mutu makanan terjamin.

Ini mengundang kritikan di media sosial, dengan beberapa orang mengatakan keputusan itu bersifat diskriminasi.

Bagaimanapun, Encik Kulasegaran menukar kenyataannya pada Sabtu (23 Jun) dan berkata ia "hanya cadangan".

Cef Wan berkata keputusan itu tidak akan menjadikan mutu dan standard makanan lebih baik, sebaliknya kelemahan diri sendiri perlu dilihat terlebih dahulu.

"Sikap cef Malaysia sebenarnya yang perlukan perubahan besar, daripada kita menunding jari pada orang-orang asing ini... Adalah lebih baik kita lihat kelemahan sendiri.

"Jika ada cef yang tidak bagus, kita didik mereka, tingkatkan kemahiran mereka.

"Jika ada sifat pengotor ajar la mereka dan sentiasa awasi restoran untuk memenuhi tahap kebersihan dan sebagainya," ujarnya lagi. - mStar

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg