Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Cekikan maut suami warga Singapura di Phuket: Pesalah bebas dengan ikat jamin

Aug 26, 2019 | 03:48 PM



BANGKOK - SEORANG lelaki warga Norway telah dibenarkan bebas dengan ikat jamin selepas didakwa telah memecah masuk ke dalam bilik seorang pelancong British dan mencekiknya hingga mati, di sebuah resort Thailand, kata polis pada Ahad (25 Ogos).



Pihak berkuasa berkata, Roger Bullman dari Norway menyerbu masuk ke dalam bilik Encik Amitpal Singh Bajaj melalui balkoni pagi Rabu lalu di Centara Grand Resort di Phuket, di mana beliau tinggal bersama isteri warga Singapuranya dan anaknya yang masih kecil.



"Kededua lelaki itu bergaduh, namun sebab Roger mempunyai latar belakang  sebagai seorang askar, cekikan Roger atas mangsa menyebabkan kematiannya," kata ketua polis Karon, Encik Techin Deethongon kepada agensi berita AFP.



Roger turut didakwa atas kesalahan menceroboh masuk bilik mangsa.



"Roger mengakui kesalahannya dan berkata dia tidak fikir tindakannya akan menyebabkan mangsa mati," tambah Encik Techin.



Encik Techin berkata pergelutan itu tercetus selepas Encik Amitpal mengadu tentang bunyi bising dari bilik sebelahnya yang mengganggu tidur keluarganya.



Roger, yang menghadapi hukuman penjara sehingga 15 tahun jika disabit kesalahan, telah dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak 400,000 baht (S$18,120), kata Encik Techin.



Kedutaan British dan Norway di Bangkok tidak menjawab permintaan untuk komen.



Sektor pelancongan merangkumi sekitar satu perlima ekonomi di Thailand, yang berharap dapat menarik 40 juta pelancong tahun ini.



Pulau Phuket adalah salah satu destinasi yang paling popular. -Agensi Berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >