Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Cemburu maut di Sarawak

Feb 11, 2018 | 12:15 PM
ANGGOTA polis mengiringi suspek di Mahkamah Majistret Kota Samarahan.
ANGGOTA polis mengiringi suspek di Mahkamah Majistret Kota Samarahan. - Foto PDRM

SERIAN (Sarawak): Cemburu dipercayai menjadi motif seorang petani mengelar isterinya menggunakan pisau di rumah mereka di Kampung Bedup Longgok, di sini, kelmarin (9 Feb).

Suspek berusia 38 tahun itu cuba menyembunyikan perbuatannya dengan datang ke Balai Polis Serian pada 1.35 tengah hari dan memaklumkan isterinya yang berusia 33 tahun ditemui mati dalam keadaan berlumuran darah.

Sumber berkata siasatan polis di rumah pasangan itu menemui beberapa unsur mencurigakan, selain kenyataan suspek meragukan.

Menurutnya, suspek dipercayai mengelar isterinya akibat cemburu kerana mangsa didakwa mempunyai hubungan sulit.

"Cemburu mungkin menjadi motif utama kejadian, manakala keterangan suspek juga tidak konsisten.

"Pemeriksaan lanjut di lokasi kejadian menemui sebilah pisau pemotong sayur di dapur yang dipercayai digunakan suspek untuk mengelar leher isterinya sehingga mati manakala tiada kehilangan barang berharga yang boleh dikaitkan dengan samun," katanya.

Difahamkan bahawa anak perempuan pasangan itu kini dijaga jiran buat sementara sebelum polis mendapat perintah mahkamah dan menyerahkan kanak-kanak itu kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk tindakan lanjut.

Mahkamah Majistret Kota Samarahan membenarkan permohonan reman tujuh hari hingga 17 Februari terhadap suspek.

Polis sedang menyiasat mengikut Kanun Keseksaan kerana kesalahan membunuh.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, Datuk Dev Kumar, dalam kenyataannya berkata mangsa ditemui mati berlumuran darah di ruang tamu rumahnya.

Menurutnya, suami mangsa mendakwa menemui isterinya dalam keadaan sedemikian selepas pulang daripada mengambil anak perempuan mereka yang berusia lapan tahun dari sekolah. - BH Online.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg