Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

CEO AirAsia Tony Fernandes minta maaf bagi penerbangan bertema BN

May 13, 2018 | 07:57 PM



KUALA LUMPUR: Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) AirAsia Tony Fernandes meminta maaf menerusi satu video yang dimuat naik ke laman Facebook beliau hari ini (13 Mei), beberapa hari selepas mendapat kritikan kerana membawa mantan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Rajak naik satu penerbangan bertema Barisan Nasional (BN).



Pesawat yang membawa Datuk Seri Najib itu juga diwarnakan dengan warna biru – iaitu warna pakatan BN – dan dihiasi dengan cogan kata kempen BN.



Encik Fernandes turut mengiktiraf kerajaan bagi kejayaan AirAsia dalam satu video sebelum ini.



Menerusi video yang dimuat naiknya semalam, Encik Fernandes berkata beliau tunduk ketika itu disebabkan tekanan daripada kerajaan.





“AirAsia berada dalam industri yang amat terkawal, sebuah industri di mana hampir semua perkara memerlukan kelulusan kerajaan, termasuk penerbangan, cukai lapangan terbang dan laluan.



“Oleh itu, bukan mudah untuk mengendalikan sebuah syarikat penerbangan dan syarikat itu harus sentiasa menyokong kerajaan ketika itu,” katanya.



Tambahnya, beliau juga pernah disuruh mengeluarkan pengerusi AirAsia X, Tan Sri Rafidah Aziz, daripada lembaga itu selepas beliau menjadi lebih terlibat dengan kempen Pakatan Harapan.



Namun, Encik Fernandes berkata beliau enggan melakukannya walaupun menghadapi tekanan daripada Pejabat Perdana Menteri kerana baginya, adalah salah untuk melakukan demikian.



AirAsia juga menghadapi tekanan meningkat daripada warga Malaysia untuk menawarkan lebih banyak penerbangan dengan tambang rendah agar mereka boleh pulang untuk mengundi dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 Malaysia (PRU14).



“Saya memutuskan bahawa ini perkara yang betul untuk dilakukan. Saya tahu kerajaan (ketika itu) tidak akan menyukainya tetapi sebagai sebuah syarikat penerbangan, saya rasa kami harus menyediakan khidmat untuk rakyat,” ujarnya.



Ternyata, langkah yang diambilnya itu menarik perhatian kerajaan ketika itu.



Dalam tempoh 24 jam, Encik Fernandes berkata beliau diminta Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) untuk membatalkan 120 penerbangan tambahan yang boleh menampung sekitar 26,000 orang itu.



Tambahnya, beliau fikir video yang menunjukkan pesawat AirAsia dalam warna biru BN itu dapat memuaskan kerajaan ketika itu dan mengelakkan daripada kakitangan AirAsia kehilangan pekerjaan mereka.



Ini akan membolehkan mereka meneruskan misinya untuk membolehkan sekitar 80 juta orang menggunakan khidmat mereka untuk terbang dengan tambang rendah setiap tahun, katanya.



Semasa kempen bagi PRU14, Encik Fernandes dilihat bersama Datuk Seri Najib dan beliau juga mengubah pakaian seragam pramugari AirAsia daripada merah ke biru bagi penerbangan dari Sabah ke Kuala Lumpur yang membawa Datuk Seri Najib.



“Dengan tekanan yang kuat itu, saya tunduk. Saya akan menyesalinya buat selamanya,” ujarnya.



Tambahnya, beliau juga mengalu-alukan sebuah Malaysia yang baru, dengan setiap individu diberi peluang.



“Saya akan melakukan yang terbaik dan berusaha 150 peratus untuk menebus kesilapan ini dan memastikan AirAsia dapat terus mengubah mimpi menjadi kenyataan,” kata Encik Fernandes.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >