Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

CEO Better.com ambil cuti lepas pecat 900 pekerja

Dec 12, 2021 | 05:30 AM



WASHINGTON: Ketua pegawai eksekutif (CEO) Better.com, Encik Vishal Garg, kini bercuti berkuat kuasa serta-merta, menurut satu laporan yang menukil e-mel daripada lembaga pengarah syarikat digital itu.



Beliau sebelum ini meminta maaf atas cara beliau memecat 900 pekerjanya di syarikat gadai janji itu selepas video menunjukkannya melakukan demikian melalui panggilan Zoom menjadi tular di media sosial.



Ketua Pegawai Kewangan Better.com, Encik Kevin Ryan, akan menguruskan ehwal harian syarikat itu dan akan melaporkan diri kepada pihak lembaga, kata laporan menukil e-mel itu.



Lembaga Better.com juga menggunakan firma pihak ketiga yang bebas untuk melakukan penilaian kepimpinan dan budaya.



Encik Garg, yang dikritik hebat selepas syarikat yang disokong SoftBank itu memberhentikan sekitar 9 peratus tenaga kerjanya melalui panggilan video, berkata beliau "tersilap menangani" cara menyampaikan khabar pemberhentian itu.



"Saya sedar bahawa cara saya menyampaikan berita ini memburukkan keadaan yang sukar," kata Encik Garg.



Beliau memberi alasan keadaan pasaran, prestasi dan daya penghasilan sebagai sebab di sebalik keputusan memberhentikan pekerja di Amerika dan India.



Better.com menyatakan pada Mei bahawa ia akan disenaraikan di bursa saham melalui penggabungan dengan firma Aurora Acquisition Corp dalam perjanjian yang dinilai berjumlah AS$7.7 bilion ($10.49 bilion).



Awal bulan ini, syarat-syarat dipinda untuk menawarkan Better.com separuh daripada AS$1.5 bilion yang dijanjikan oleh SoftBank secara serta-merta, berbanding perlu menunggu sehingga perjanjian dimuktamadkan.



Diasaskan pada 2016 dan beribu pejabat di New York, Better.com menawarkan produk gadai janji dan insurans kepada pemilik rumah melalui platform secara dalam talian. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >