Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

CEO Goldman Sachs hadapi potongan gaji AS$10 juta susuli kes 1MDB

Jan 28, 2021 | 05:30 AM



SAN FRANCISCO: Goldman Sachs bertindak memotong gaji Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), David Solomon sebanyak AS$10 juta ($13 juta), sepanjang tahun lalu berikutan pembabitan dan peranan bank itu dalam skandal rasuah 1Malaysia Development Bhd (1MDB).



Maklumat itu diperoleh melalui fail dokumen semalam yang menjelaskan bahawa gaji Solomon tahun lalu berkurangan kepada AS$17.5 juta akibat pemotongan tersebut.



"Jumlah bayaran itu adalah keputusan diumumkan oleh lembaga pengarah," menurut pegawai dokumen yang turut memperincikan potongan gaji bagi Ketua Pegawai Operasi (COO), John Waldron dan Ketua Pegawai Kewangan (CFO), Stephen Scherr.



Meskipun Solomon tidak dituduh melakukan kesalahan, lembaga syarikat pada Oktober mengatakan adalah "wajar" untuk menahan AS$31 juta sebagai ganti rugi kepada Solomon dan tiga lagi timbalannya setelah firma itu menyelesaikan lebih AS$5 bilion membabitkan masalah sivil dan siasatan jenayah.



Sebelum ini, Goldman Sachs bersetuju untuk melunaskan bayaran AS$2 bilion kepada Amerika Syarikat atas kesalahan berkaitan 1MDB.



Selepas mengaku bersalah, Goldman Sachs meletakkan kesalahan itu kepada lima bekas pegawai tertingginya dan meminta mereka menjelaskan semua bayaran yang diterima, selain merancang memotong gaji Solomon dan tiga timbalannya.



Goldman Sachs didenda AS$5 bilion oleh pihak berkuasa Amerika selepas mengaku bersalah terlibat dalam kes rasuah asing terbesar dalam sejarah pihak berkuasa negara itu.



Bekas Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak dijatuhi hukuman penjara selama 12 tahun atas kesalahan rasuah membabitkan skandal 1MDB, yang sekali gus dikaitkan dengan kejatuhan kerajaan di bawah pimpinannya pada 2018.



Anak tiri Najib, Riza Shahriz Abdul Aziz dituduh menerima sejumlah besar wang dari 1MDB termasuk pembiayaan syarikat penerbitan Hollywood yang menerbitkan filem The Wolf of Wall Street, dibintangi Leonardo DiCaprio. - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >