Premium
CEO Qatar: Bilangan yang diberhentikan adalah 'besar'
Syarikat penerbangan antarabangsa diramalkan akan kerugian lebih AS$84 bilion ($116 bilion) tahun ini akibat koronavirus Covid-19 yang telah menjejas teruk perjalanan udara, menurut Penguasa Pengangkutan Udara Antarabangsa (Iata) awal minggu ini. BERITA HARIAN mengupas kesannya kepada syarikat penerbangan di rantau ini, serta pekerja dalam sektor tersebut.
Jun 12, 2020 | 5:30 AM
BESAR: Satu e-mel oleh ketua pegawai eksekutifnya (CEO) yang dibocorkan dalam talian berkata jumlah kakitangan yang akan diberhentikan adalah "besar" dan merangkumi anggota kru kabinnya. - Foto REUTERS -
SYARIKAT penerbangan Qatar Airways akan memberhentikan kakitangannya sedang sekatan perjalanan yang disebabkan pandemik koronavirus telah menyebabkan industri penerbangan sejagat terjejas.
Syarikat berpangkalan di Doha itu tidak memberikan sebarang perangkaan, namun satu e-mel oleh ketua pegawai eksekutifnya (CEO) yang dibocorkan dalam talian berkata jumlah kakitangan yang akan diberhentikan adalah "besar" dan merangkumi anggota kru kabinnya.

