Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

CEO TikTok asal S'pura, pernah jalani NS

Mar 25, 2023 | 5:30 AM
080b7212-69aa-49ac-9e34-3cbabe633a63
-

KETUA Eksekutif TikTok, Encik Chew Shou Zi, selalu berprofil rendah, sejak mula bekerja pada 2021, tetapi pada Khamis lalu, beliau tampil memberi keterangan di hadapan anggota Dewan Kongres Amerika Syarikat, yang kebanyakannya curiga terhadap aplikasi media sosial milik China yang popular itu.

Sebelum ini, Encik Chew bekerja sebagai pegawai pelaburan bank di Goldman Sachs dan firma pelaburan DST iaitu pendukung awal ByteDance, syarikat yang memilik TikTok.

Pentadbiran Presiden Amerika, Encik Joe Biden sedang didesak oleh anggota Kongres, supaya mengharamkan Tik Tok, kerana khuatir akan keselamatan negara, ketika hubungan Amerika-China kini agak merosot.

Encik Chew, 40 tahun, dilahir dan dibesarkan di Singapura.

Pernah menjadi pegawai kewangan syarikat telefon pintar China, Xiaomi (1810.HK) dan kemudian menyertai ByteDance pada Mac 2021 dan menjadi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dua bulan kemudian.

TikTok dengan tegas mengatakan dalam sepucuk suratnya kepada Kongres bahawa Encik Chew bukan dari China, dan syarikat itu bebas daripada ByteDance.

Encik Chew pernah berkhidmat sebagai pegawai tentera di Singapura semasa menjalani Perkhidmatan Negara.

Beliau kemudian melanjutkan pengajian dan memperolehi ijazah ekonomi di University College of London dan sarjana pengurusan perniagaan (MBA) dari Harvard Business School.

Encik Chew, yang sudah berumah tangga dan mempunyai dua orang anak, menaikkan profil awamnya pada 2022, dengan membuka akaun Tik Tok sendiri, @shou.time.

Beliau tidak membenarkan anak-anaknya menggunakan TikTok kerana "masih terlalu kecil," katanya dalam satu wawancara.

Akaun TikTok-nya, yang mempunyai lebih 18,700 pengikut, sering menunjukkan beliau menghadiri acara-acara budaya dan sukan, beramah mesra dengan selebriti dan lain-lain imej yang biasa dipamerkan oleh para pengguna media sosial.

Baru-baru ini beliau memuatkan rayuan kepada pengguna TikTok di Amerika, supaya membantu mengelakkan daripada sebarang pengharaman dari Washington.

"Ini berlaku pada saat genting bagi kami. Ini boleh menyebabkan TikTok hilang dari kesemua 150 juta penggunanya," kata Encik Chew, pada Isnin ketika membuat persediaan untuk memberi keterangan Jawatankuasa Perniagaan dan Tenaga di Dewan Perwakilan Amerika.

Encik Chew memberitahu pihak media, bahawa TikTok tidak mengancam kepentingan Amerika.

Beliau menegaskan dalam rakaman video bahawa TikTok adalah wadah bagi penciptaan, dan lima juta perniagaan di Amerika menggunakan TikTok. - Reuters.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg