Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

CEO United Airlines akhirnya mohon maaf

Apr 12, 2017 | 11:03 AM



CHICAGO (Amerika Syarikat): Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat penerbangan United Express, Encik Oscar Munoz, telah memohon maaf terhadap insidden di mana seorang penumpang diheret keluar dari pesawat berkenaan yang menarik perhatian dunia dan menimbulkan kemarahan orang ramai.



Menurutnya, syarikat penerbangan itu berusaha menemui lelaki berkenaan untuk menyelesaikan masalah berkenaan.



Pada Isnin lalu, nadanya lebih keras, dan beliau menggambarkan penumpang tersebut sebagai "mengganggu dan agresif".



Namun tengah hari semalam, hampir dua hari selepas kejadian petang Ahad (9 Apr) itu, Encik Munoz, 57 tahun, memohon maaf ketika butiran mengenai penumpang yang kelihatan dalam rakaman video telefon bimbit itu tersebar.



"Tiada siapa sepatutnya dilayan seperti ini," ujarnya.



Penumpang yang diseret keluar dikenali sebagai Dr David Dao, 69 tahun, dari Elizabethtown, Kentucky.



Dalam memorandum yang disebarkan kepada kakitangannya tengah hari semalam (11 Apr), Encik Munoz berkata, "kejadian yang amat mengharukan itu yang berlaku dalam penerbangan kita telah menimbulkan pelbagai respons dari kita semua: marah, geram, kecewa", menurutnya.



"Saya berkongsi dengan anda semua sentimen ini, dan paling penting sekali sekali: saya meminta maaf sedalam-dalamnya atas apa yang berlaku.



"Seperti anda, saya terus terganggu dengan apa yang berlaku atas penerbangan berkenaan dan saya benar-benar minta maaf kepada pelanggan yang dikeluarkan secara paksa dan kepada semua pelanggan dalam pesawat tersebut.



"Tiada sesiapa harus diperlakukan sebegitu."



Kenyataan itu kemudian berkata, kesalahan yang berlaku seharusnya dipikul syarikat berkenaan. - Agensi




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >