Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Charles sambut ketibaan mendiang ibu

Sep 15, 2022 | 5:30 AM
9ecc8a28-2182-494d-944f-a5b76fa10250
-

LONDON: Ketibaan keranda yang membawa mendiang Ratu Elizabeth II di Istana Buckingham kelmarin disambut Raja Charles III dan kerabat diraja selain puluhan ribu orang yang berbaris di jalanan.

Hujan lebat tidak mematahkan semangat orang ramai untuk kekal berbaris di tepian jalan bagi menyambut ketibaan mendiang di ibu negara Britain, selepas diterbangkan dari Scotland, menggunakan pesawat tentera.

Menurut jurucakap istana, Raja Charles, 73 tahun, yang secara langsung menaiki takhta selepas pemergian bondanya minggu lalu, menerima keranda bersama tiga adik-beradik, dua anak lelakinya, Putera William dan Putera Harry, dan keluarga diraja yang lain.

Pemergian Ratu Elizabeth yang juga tokoh paling lama memerintah Britain dan pemerintah tertua di dunia mendapat perhatian ramai dengan ratusan ribu orang berkumpul di istana diraja untuk mengucapkan takziah.

Puteri Anne, 72 tahun, anak perempuan tunggal mendiang Ratu, mengiringi keranda ibunya dari istana terpencil di Balmoral ke Edinburgh, dengan disambut oleh puluhan ribu orang yang berkabung dan kemudian dibawa ke London.

"Ia adalah satu penghormatan dan keistimewaan untuk menemani dalam perjalanan terakhirnya.

"Menyaksikan kasih sayang dan rasa hormat yang ditunjukkan ramai orang dalam perjalanan ini membuatkan rasa rendah diri dan menaikkan semangat," katanya dalam satu kenyataan. - Agensi

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg