China ada cukup alat untuk pastikan ekonomi kekal mantap: PM Li Keqiang, Berita Dunia - BeritaHarian.sg
Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19

Teka Kata

=

Uji pengetahuan anda dalam Bahasa Melayu

Betul!

Salah!

Dunia0

China ada cukup alat untuk pastikan ekonomi kekal mantap: PM Li Keqiang

Mar 24, 2016 | 02:21 PM

BOAO (China): China mempunyai alat dasar mencukupi untuk memastikan ekonominya kekal stabil walaupun terdapat masalah struktur yang telah "berakar umbi" dan tekanan ke bawah, kata Perdana Menteri Li Keqiang pada Khamis (24 Mac), sekali gus membawa ketenangan di tengah-tengah kebimbangan mengenai kelembapan di negara itu.

Bercakap dalam sebuah forum tahunan di Boao, di pulau selatan Hainan, Encik Li berkata kadar pertumbuhan ekonomi tinggi tidak dapat berterusan, maka pemerintah akan memberi lebih perhatian pada mutu dan kecekapan pertumbuhan ekonomi.

Komen beliau mengulangi kenyataan sebelum ini oleh penggubal dasar yang bergelut dengan cabaran pertumbuhan kian perlahan, hutang bertambah dan keperluan mendesak memacu penyusunan semula dan pembaharuan ekonomi yang tertunggak.

"Dalam negeri, China menghadapi masalah struktur yang sudah berakar umbi dan ekonomi terus menghadapi tekanan menurun, terutamanya sedang kami cuba menyusun semula dan menaik taraf," kata Encik Li.

Nilai mata wang renminbi akan dikekalkan dalam "julat munasabah", beliau memberitahu forum itu.

Discover Malay Home Based Businesses

"China sebuah negara bertanggungjawab dan tidak ada kemungkinan julat kadar tukaran kami susut pada jangka panjang," katanya.

Negara itu merancang memberhentikan berjuta-juta pekerja sedang ia menyusun semula industri yang terperangkap dalam lebihan kapasiti, tetapi Encik Li berkata pemerintah akan "menggunakan alat pasaran" untuk mewujudkan peluang pekerjaan baru bagi mengimbangi kesannya.

Bagi memudahkan perniagaan dan merangsang pertumbuhan ekonomi, pemerintah akan mengambil langkah untuk mengurangkan cukai dan birokrasi, ujar Encik Li, mengulangi komitmen beliau sebelum ini.

Beliau, bagaimanapun, berkata China tidak berpengalaman dalam melaksana reformasi itu dan akan ada cabaran.

Pemimpin China telah menetapkan sasaran pertumbuhan ekonomi 6.5 hingga 7 peratus bagi 2016. Pertumbuhan tahun lalu turun kepada 6.9 peratus, paling perlahan dalam 25 tahun. - Reuters

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=

Uji pengetahuan anda dalam Bahasa Melayu

Betul!

Salah!

Try the new Halal Food Map