Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

LAWATAN SPEAKER DEWAN AS KE TAIWAN

China anggap lawatan Pelosi 'berbahaya dan bodoh', langkah baru ekonomi diumum

Aug 04, 2022 | 05:30 AM



BEIJING: China semalam terus meluahkan kemarahannya terhadap lawatan Speaker Dewan Kongres Amerika, Cik Nancy Pelosi ke Taiwan dan menyifatkannya sebagai "berbahaya dan bodoh" sambil mengumumkan langkah-langkah baru ekonomi dan lain-lain sekatan terhadap negara pulau itu.



"Amerika Syarikat seharusnya usah berhayal untuk memutarbelitkan fakta sesuka hatinya.



"Amerika Syarikat mendakwa China yang membuat keadaan menjadi tegang, tetapi hakikat sebenarnya adalah Amerika yang membuat angkara memancing kemarahan China dalam soal Taiwan dan sewenangnya melanggar hak kedaulatan China serta integriti wilayahnya," kata Menteri Ehwal Luar, Encik Wang Yi, dalam satu kenyataan yang dikeluarkannya di Phnom Penh semasa menghadiri Mesyuarat Asean bersama Menteri-Menteri Luar lain negara.



"Pengenalan tentang Taiwan dalam strategi serantau oleh Amerika Syarikat, yang mencetuskan ketegangan dan konfrantasi, bertentangan dengan tren perkembangan serantau dan bertentangan juga dengan jangkaan rakyat Asia-Pasifik," ujarnya.



"Ini amat berbahaya dan bodoh."



Bercakap selepas mesyuarat Asean itu, Encik Wang berkata lawatan Cik Pelosi itu "sangat aneh."



"Berselindung di sebalik demokrasi, Amerika Syarikat telah menceroboh kedaulatan China," kata Encik Wang.



"Mereka yang cuba bermain api akhirnya tidak akan mendatangkan kebaikan, mereka yang melanggar hak asasi China sudah tentu akan menerima hukuman."



China menganggap Taiwan sebagai sebuah wilayah pemisah yang perlu diambil semula, jika perlu secara kekerasan.



Beijing juga telah memanggil Duta Besar Amerika ke China, Encik Nicholas Burns, lewat kelmarin untuk menyampaikan bantahan terhadap lawatan Cik Pelosi itu.



Duta Besar China ke Amerika pula, Encik Qin Gang, berkata dalam satu kenyataannya yang beliau juga telah menyampaikan bantahan diplomatik kepada Majlis Keselamatan Kebangsaan dan Jabatan Negara Amerika.



Sambil menyeru agar Washington segera menangani kesilapannya, Naib Menteri Luar China, Encik Xie Feng, berkata Amerika perlu mengambil langkah-langkah praktikal untuk memperbaiki kesan-kesan buruk ekoran lawatan itu.



"Langkah itu amat mengerikan dan akibatnya juga amat serius. China tidak akan berdiam diri," kata Encik Xie kepada Encik Burns seperti yang dibacakan dalam pertemuan mereka.



Pejabat Kerja Taiwan dalam parti politik utama China juga menyeru supaya dikenakan hukuman terhadap mereka yang disifatkan sebagai penyokong tegar bagi kemerdekaan Taiwan dan berikrar untuk mengenakan tindakan undang-undang.



"Kami akan mengenakan hukuman menurut undang-undang terhadap mereka yang menyokong kemerdekaan Taiwan yang telah dengan sengaja mencabar undang-undang dan menghukum mereka berdasarkan undang-undang atas perbuatan mereka itu, agar mereka bertanggungjawab seumur hidup atas perbuatan mereka," menurut kenyataan pejabat itu.



Menurut kenyataan itu lagi, "tiada sebarang negara atau kuasa" yang boleh meremehkan keupayaan China.



Beijing semalam telah mengharamkan import limau dan beberapa jenis ikan serta memperketat cengkaman ekonominya terhadap Taiwan. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >