BEIJING: CHINA bakal melonggarkan kawalan sempadannya kepada Singapura dan beberapa negara lain, dengan membolehkan sekumpulan orang tertentu untuk melakukan perjalanan ke beberapa bandar negara itu.
Laporan media negara China pada Rabu (27 Mei) berkata Penguasa Penerbangan Awam China (CAAC) akan membenarkan syarikat penerbangan domestik dan asing untuk memohon "laluan hijau" bagi penerbangan sewa ke lapangan terbang di negara itu, lapor The Straits Times.
Negara yang mendapat kebenaran adalah Singapura, Jepun, Britain, Jerman, Perancis, Italy dan Switzerland.
Menurut notis CAAC, pengendali penerbangan boleh memohon kepada pihak berkuasa udara di peringkat wilayah untuk menggendalikan penerbangan sewa penumpang itu.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg