Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

China belum pastikan sasaran GDP dek ketidaktentuan ekonomi akibat Covid-19

May 22, 2020 | 10:50 AM
SIAP SEDIA: Seorang anggota polis paratentera berkawal di diluar Dewan Besar Rakyat sebelum sesi pembukaan Kongres Kebangsaan Rakyat China semalam.
SIAP SEDIA: Seorang anggota polis paratentera berkawal di diluar Dewan Besar Rakyat sebelum sesi pembukaan Kongres Kebangsaan Rakyat China semalam. - - Foto: REUTERS

BEIJING: China belum menetapkan sasaran hasil dalam negara kasar (GDP) tahun ini untuk pertama kalinya dalam sejarah, langkah yang sangat diharapkan oleh para ahli ekonomi.

Perdana Menteri, Encik Li Keqiang akan menyampaikan laporan kerjanya hari ini di Dewan Besar Rakyat, di mana beliau biasanya mengumumkan sasaran pertumbuhan untuk tahun ini.

Laporan kerja itu mengandungi sasaran kadar pengangguran bandar sekitar 6 peratus, berbanding 5.5 peratus tahun lalu. Penciptaan pekerjaan di bandar ditetapkan pada 9 juta, berbanding 11 juta tahun lalu.

Sebelum wabak koronavirus, pakar ekonomi menjangka Beijing akan menetapkan sasaran GDP sekitar 6 peratus untuk tahun ini.

Tahun lalu, ekonomi China, yang dilanda perang perdagangan yang sengit dengan Amerika Syarikat, tumbuh 6.1 peratus - kadar pertumbuhan paling perlahan bagi China sejak 1990.

Perdana Menteri Li telah mengumumkan pada pembukaan sesi parlimen tahun lalu sasaran pertumbuhan antara 6 dan 6.5 peratus.

Penganalisa telah meramalkan bahawa China tidak akan menetapkan sasaran pertumbuhan GDP tahun ini, memandangkan ketidakpastian dalam ekonomi dan kebimbangan gelombang wabak lain.

Ekonomi menguncup 6.8 peratus dalam tiga bulan pertama tahun ini, yang terburuk dalam rekod.

Kira-kira 5,000 perwakilan dari seluruh negara telah berkumpul di Beijing untuk mesyuarat parlimen tahunan, yang lebih dikenali sebagai Dua Sesi, atau dalam bahasa Cina 'lianghui'.

Secara tradisinya diadakan pada bulan Mac, ia ditangguhkan tahun ini kerana wabak koronavirus dan akan dipendekkan dari sekitar 10 hari kepada seminggu.

Badan penasihat politik tertinggi negara itu, Persidangan Perundingan Politik Rakyat China, memulakan sesi semalam.

Hampir 3,000 penggubal undang-undang akan bertemu untuk meneleiti usaha kerja pemerintah selama setahun terakhir, meluluskan undang-undang dan meluluskan belanjawan semasa mesyuarat Kongres Kebangsaan Rakyat yang bermula hari ini. - The Straits Times

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg