China bentang visi terajui negara berkuasa nasional, berkesan global jelang 2050
Premium
China bentang visi terajui negara berkuasa nasional, berkesan global jelang 2050
Oct 19, 2017 | 5:30 AM
KETIBAAN DIALU-ALUKAN: Presiden China Xi Jinping tiba di pembukaan Kongres Kebangsaan Parti Komunis China ke-19 di Great Hall of the People, kelmarin. - Foto REUTERS -
BEIJING: Presiden Xi Jinping semalam berkata China akan menjadi negara utama yang mempunyai kuasa nasional yang komprehensif dan memberi kesan global menjelang 2050.
Tempoh dari sekarang hingga 2020 akan menjadi satu yang genting bagi China untuk mencapai "kemenangan tegas dalam membina masyarakat yang makmur dalam segala aspek", kata Encik Xi, yang merupakan setiausaha agung Parti Komunis China (CCP) pada pembukaan Kongres Kebangsaan Parti Komunis China ke-19.

