Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

PERAYAAN 100 TAHUN PARTI KOMUNIS CHINA

China beri amaran kepada kuasa asing sempena ulang tahun ke-100

Jul 02, 2021 | 05:30 AM



BEIJING: Presiden Xi Jinping memuji arah perjalanan China daripada jajahan hina bertukar menuju kebangkitan yang tidak mampu ditandingi dan menjadi kuasa besar pada perayaan 100 tahun Parti Komunis China hari ini.



Bercakap berlatarkan potret raksasa Mao Zedong, yang mendominasi Dataran Tiananmen, Encik Xi berkata, era China yang dibuli sudah hilang selamanya dan memuji parti itu kerana meningkatkan pendapatan dan mengembalikan kebanggaan negara.



Memberi amaran kepada kuasa-kuasa asing, Encik Xi menegaskan kuasa asing yang cuba membuli China "akan dipecahkan kepalanya" dan mengalu-alukan "sebuah dunia baru" yang diwujudkan oleh rakyatnya.



Dalam ucapan panjang selama sejam di Dataran Tiananmen, Encik Xi berikrar untuk terus memperkukuh kekuatan tentera China, beriltizam dalam "penyatuan" Taiwan dan berkata kestabilan sosial akan dipastikan di Hong Kong sedang pemerintah melindungi keselamatan dan kedaulatan China.



"Rakyat China bukan hanya baik dalam memusnahkan dunia lama, mereka juga telah mewujudkan satu dunia baru," kata Encik Xi, pemimpin China paling kuat sejak Mao Zedong, pengasas Republik Rakyat China.



"Hanya sosialisme dapat menyelamatkan China," ujarnya.



Encik Xi dan partinya kini berada di kemuncak kerana China berjaya menangani penularan Covid-19 dan mengambil kedudukan yang lebih berpengaruh di pentas dunia.



Encik Xi menerangkan, parti itu telah mengangkat puluhan juta daripada kemiskinan dan mengubah lanskap pembangunan dunia.



Beliau yang memakai jaket gaya 'Mao' berkata, wajah baru negara China yang besar membuka lembaran bersejarah yang tidak mampu ditandingi dan berikrar akan terus membina tentera 'bertaraf dunia' untuk mempertahankan kepentingan nasional.



Dalam upacara yang penuh patriotisme itu, ribuan penyanyi, yang disokong oleh kumpulan perarakan, menyanyikan lagu 'Kami adalah Pewaris Komunisme' dan 'Tanpa Parti Komunis tidak akan ada China Baru' ketika jemputan tanpa pelitup muka bersorak dan mengibarkan bendera di Dataran Tiananmen yang penuh sesak.



Encik Xi telah menyisihkan saingan dan menghancurkan mana-mana pihak yang tidak sependapat daripada etnik Muslim Uyghur dan pengkritik dalaman sehingga protes prodemokrasi di jalanan Hong Kong.



China semalam juga memperingati ulang tahun ke-24 penyerahan bekas jajahan Britain, Hong Kong kepada China, tarikh yang pernah tercemar dengan demonstrasi besar-besaran terhadap Beijing.



Setahun lalu, China mengenakan undang-undang keselamatan nasional yang kejam di bandar itu sebagai tindak balas terhadap tunjuk perasaan besar - yang sering berlaku keganasan.



Tindakan itu menyaksikan lebih 64 aktivis didakwa, slogan anti-China dijadikan satu jenayah dan juga penutupan sebuah akhbar yang lantang kerana undang-undang itu menenggelamkan bandar yang penuh dengan kebebasan dan kini digelar oleh Amnesty sebagai bandar darurat hak asasi. - Reuters, AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >