Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

China bidas laporan baru AS libat tuntutan maritim

Jan 15, 2022 | 05:30 AM



BEIJING: China telah membidas satu laporan baru Amerika Syarikat yang mengatakan tuntutan maritimnya di Laut China Selatan sebagai "tidak sahih", sambil mendakwa laporan itu sebagai mengelirukan dan merupakan penyelewengan undang-undang antarabangsa.



Jurucakap Kementerian Luar China, Encik Wang Wenbin, berkata dalam satu taklimat akhbar kelmarin bahawa laporan itu, yang dikeluarkan Rabu lalu oleh Biro Lautan Jabatan Negara dan Hal Ehwal Alam Sekitar dan Saintifik Antarabangsa Amerika, "menyelewengkan undang-undang antarabangsa, mengelirukan orang ramai, menyemai perselisihan dan mengganggu keadaan serantau".



Beliau menegaskan tidak seperti China, Amerika tidak menandatangani Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Undang-Undang Laut (Unclos) namun "menganggap dirinya sebagai hakim Konvensyen itu", lapor The Straits Times.



Laporan setebal 47 halaman itu memaparkan secara terperinci kes Washington terhadap Beijing, menunjukkan bahawa sebab-sebab geografi dan sejarah bagi tuntutan China adalah "tidak konsisten dengan undang-undang antarabangsa" di bawah Unclos.



Contohnya, ia mengatakan bahawa lebih 100 'ciri' yang ditonjolkan Beijing di Laut China Selatan ditenggelami air semasa air pasang dan oleh itu "melangkaui had yang sah bagi tuntutan kawasan laut bagi mana-mana negara".



Tuntutan meluas China di Laut China Selatan dipertikaikan Brunei, Malaysia, Filipina, Taiwan dan Vietnam yang mempunyai tuntutan bertindih di kawasan itu.



Menolak laporan Amerika itu, Encik Wang berkata: "Sebagai negara di luar rantau ini, Amerika sering menimbulkan pertikaian di Laut China Selatan dan menyemai perbalahan dalam kalangan negara di rantau ini, dan ini sama sekali tidak disukai. Masyarakat antarabangsa melihat ini dengan jelas."



Beliau menambah, Beijing akan bekerjasama dengan negara di Asean untuk mencapai "keamanan dan kestabilan di Laut China Selatan dan menggalak kemakmuran dan pembangunan serantau".



Pakar keselamatan maritim, Dr Collin Koh, dari Sekolah Pengajian Antarabangsa S. Rajaratnam berkata laporan Amerika itu adalah langkah terbaru dalam apa yang dikatakannya sebagai peralihan beransur-ansur daripada pendekatan pentadbiran lama yang sering tertumpu kepada tentera untuk menghadapi China di Laut China Selatan, kepada lebih pendekatan "politik dan undang-undang". - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >