Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

China gesa sidang damai berskala besar untuk hentikan perang Gaza

Jan 15, 2024 | 01:21 PM



KAHIRAH: Menteri Luar China, Encik Wang Yi, berkata perang di Gaza semakin memuncak dan kerana itulah China menyeru agar diadakan sidang damai antarabangsa berskala besar, lebih berwibawa dan berkesan serta jadual waktu konkrit untuk melaksanakan penyelesaian dua negara.


Beliau membuat komen itu kepada pemberita selepas mengadakan perbincangan dengan Menteri Luar Mesir, Encik Sameh Shoukry, di Kahirah, dan berkongsi pandangannya mengenai tindakan ketenteraan Israel di Gaza, menurut satu kenyataan Kementerian Luar China.

Selepas berbincang dengan rakan sejawatannya itu, Encik Wang berkata konflik di Gaza “menyebabkan korban besar dalam kalangan orang awam yang tidak bersalah, membawa kepada bencana kemanusiaan yang serius dan mempercepatkan penyebaran kesan limpahan negatif,” menurut kenyataan itu lagi.

Encik Wang berkata prasarana di Jaluran Gaza telah musnah sepenuhnya, dengan berjuta-juta orang bergelut untuk terus hidup. Beliau berkata China telah memutuskan untuk menyediakan bantuan kemanusiaan kecemasan buat kali ketiga.

Secara berasingan, Encik Wang juga telah mengadakan perbincangan dengan Setiausaha Agung Liga Negara Arab yang menyaksikan mereka bertukar-tukar pandangan mendalam mengenai konflik itu serta mencapai beberapa perkara dalam membantu menyelesaikan krisis.

Encik Wang, diplomat tertinggi China, kini dalam dalam rangka kunjungan ke Mesir, Tunisia, Togo dan Ivory Coast sehingga 18 Januari.

Kesatuan Ulama Islam Antarabangsa (Iums) mengumumkan bahawa ia telah mengumpulkan delegasi yang akan memasuki Gaza melalui Mesir ketika Israel meneruskan serangan ketenteraannya di kawasan tersebut.

Encik Ali Muhyiddin al Qaradaghi, Setiausaha Agung Iums yang berpangkalan di Qatar, berkata dalam satu kenyataan menerusi platform X bahawa delegasi itu akan memasuki Gaza melalui lintasan sempadan Rafah Mesir.

Beliau berkata pihaknya telah meminta sokongan daripada Mesir dan Sheikh Ahmed al Tayeb, Imam Besar Universiti Al-Azhar, untuk memudahkan perjalanan mereka.

Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Encik Tedros Adhanom Ghebreyesus, menyifatkan situasi di Gaza sebagai “tragedi” di samping mengulangi gesaannya untuk gencatan senjata.

“Lebih 24,000 penduduk Gaza terbunuh... lebih 70 peratus wanita dan kanak-kanak. Berpuluh-puluh lagi dipercayai mati akibat tertimbus dalam runtuhan bangunan yang musnah akibat pengeboman Israel. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >