Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

PERANG DI UKRAINE

China hormat kedaulatan Ukraine tapi prihatin Russia akan peluasan Nato harus ditangani: Menlu

Feb 27, 2022 | 05:30 AM



WASHINGTON: Menteri Luar China, Encik Wang Yi, memberitahu pegawai Eropah Beijing menghormati kedaulatan sesebuah negara, termasuk Ukraine, tetapi keprihatinan Russia tentang langkah peluasan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato) di timur negara itu harus ditangani.



Selepas berminggu-minggu memberi amaran kepada pemimpin Barat, Presiden Russia, Encik Vladimir Putin, memutuskan menyerang Ukraine Khamis lalu dalam serangan terbesar ke atas sebuah negara Eropah sejak Perang Dunia Kedua.



Beberapa minggu sebelum pencerobohan itu, China dan Russia mengumumkan satu kerjasama strategik, dan sejauh ini Beijing tidak mengecam pencerobohan Moscow.



Namun kelmarin, Encik Wang berkata keadaan semasa di Ukraine bukan sesuatu yang diingini Beijing, dan ia mengalu-alukan dialog langsung antara Russia dan Ukraine secepat mungkin.



"China benar-benar mendukung rasa hormat dan mempertahan kedaulatan dan kewibawaan wilayah semua negara," kata Encik Wang, menurut satu kenyataan Kementerian Ehwal Luar China.



"Ia turut merangkumi Ukraine," tambahnya.



Encik Wang telah mengadakan panggilan telefon berasingan bewrsama Setiausaha Luar Britain, Cik Liz Truss; Ketua Ehwal Luar Kesatuan Eropah, Encik Josep Borrell; dan penasihat presiden Perancis.



"Melihat kepada lima pusingan peluasan Nato yang dilakukan berturut-turut, tuntutan keselamatan Russia yang sah harus diambil serius dan ditangani sebaiknya," kata Encik Wang, menurut kenyataan itu.



Dalam pada itu, Menteri Ehwal Luar Iran, Encik Hossein Amirabdollahian, kelmarin berkata perang di Ukraine disebabkan oleh "tindakan provokatif Nato".



Dalam kenyataannya melalui Tweeter, beliau berkata Iran tidak melihat perang sebagai satu huraian, dan menggesa gencatan senjata dan huraian politik dan demokratik serta-merta, tanpa menggunakan istilah "pencerobohan" bagi menggambarkan keadaan yang berlaku.



Dalam satu kenyataan serupa tetapi lebih panjang, jurucakap kementerian ehwal luar Iran, Encik Saeed Khatibzadeh, menambah bahawa "rantau Eurasia kini berada di ambang krisis yang membesar" kerana pergerakan Nato dipimpin Amerika Syarikat.



Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) bersidang kelmarin untuk mencapai satu resolusi mengecam pencerobohan Moscow, namun Russia menolak resolusi itu menerusi kuasa vetonya sebagai anggota tetap majlis itu. - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >