Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

China ikrar $2.9b untuk bantu negara miskin

Sep 28, 2015 | 09:34 AM



PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU (PBB): Presiden China, Encik Xi Jinping, telah memberitahu PBB bahawa China akan mengikrarkan dana AS$2 bilion ($2.9 bilion) sebagai pelaburan awal bagi bantuan pembangunan kepada negara-negara termiskin di dunia.


Dalam ucapan pertamanya di PBB, yang dibuat pada sidang kemuncak mengenai pembangunan Sabtu (26 Sep waktu tempatan) lalu, Encik Xi berkata China akan meningkatkan dana itu kepada AS$12 bilion dalam tempoh 15 tahun akan datang untuk membantu PBB mencapai matlamatnya menghapuskan kemiskinan tegar menjelang 2030.


Dalam membuat ikrar itu, China "meletakkan keadilan sebelum kepentingan", kata Encik Xi, lapor akhbar The New York Times.


"Bagi menyelesaikan pelbagai cabaran global, termasuk krisis pelarian baru-baru ini di Eropah, penyelesaian asas terletak pada mencari kedamaian dan merealisasikan pembangunan," ujar beliau.


Encik Xi juga berkata China akan memulakan 600 projek bantuan asing untuk memberi sokongan kepada projek penghapusan kemiskinan.


Di samping itu, China akan melegakan hutang kepadanya oleh negara-negara kurang membangun tahun ini.


Perhimpunan Agung PBB Jumaat lalu menetapkan matlamat menamatkan kemiskinan tegar menjelang 2030 - satu usaha yang badan global itu mengatakan boleh memerlukan sehingga AS$5 trilion setahun, lapor AFP.


Selepas ucapan itu, Encik Xi menjadi tuan rumah sebuah perbincangan meja bulat bersama Setiausaha Agung PBB, Encik Ban Ki Moon, mengenai kerjasama Selatan-Selatan, di mana beliau mengumumkan penubuhan sebuah akademi untuk berkongsi pengalaman pembangunan China dengan negara kurang maju, lapor agensi berita Xinhua.


Ikrar kepada PBB itu datang sedang China menghadapi kritikan yang meningkat bahawa komitmen bantuannya masih jauh di bawah tahap negara Barat.


"Ia mencerminkan penerimaan tanggungjawab global China," kata Encik Douglas Paal, naib presiden Endowment Carnegie bagi Keamanan Antarabangsa.


Amerika Syarikat pada 2013 menyediakan lebih AS$30 bilion, sementara Britain, Perancis, Jerman dan Jepun semua memberi lebih AS$11 bilion, menurut Pertubuhan bagi Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD).


China belum memutuskan sama ada dana AS$2 bilion akan diagih secara tunai atau dalam bentuk pinjaman, ujar ketua pengarah bagi hal ehwal ekonomi di Kementerian Luar China, Encik Zhang Jun, memberitahu pemberita selepas ucapan Encik Xi.


Pegawai China berkata 600 projek itu akan dibiayai secara berasingan.


Sebelum itu pada Jumaat lalu semasa lawatan beliau ke Washington, Encik Xi menjanjikan AS$3.1 bilion untuk membantu negara-negara membangun menyesuaikan diri dengan perubahan iklim.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >