Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

China kecam pertemuan Presiden Taiwan dengan Speaker AS

Apr 06, 2023 | 05:00 PM



BEIJING: Kementerian Luar China pada Khamis mengecam pertemuan antara Speaker Dewan Perwakilan Rakyat Amerika Syarikat, Encik Kevin McCarthy, dengan presiden Taiwan, Cik Tsai Ing-wen, di California, lapor media pemerintah Xinhua.


Cik Tsai bertemu dengan satu delegasi merangkumi ahli politik Amerika dari parti Republikan dan Demokrat semasa singgah di Amerika pada Rabu (waktu tempatan) selepas melawat Guatemala dan Belize, dua daripada negara sekutu rasmi Taipei yang semakin berkurangan.


“Sebagai tindak balas kepada tindakan pakatan yang amat salah antara Amerika Syarikat dengan Taiwan, China akan mengambil langkah tegas dan berkesan untuk menjaga kedaulatan negara dan integriti wilayahnya,” kata kementerian itu dalam satu kenyataan yang diterbitkan oleh Xinhua.


China menganggap Taiwan sebagai wilayahnya yang memberontak yang akan disatukan semula, secara paksa jika perlu. 

Beijing menentang sebarang hubungan rasmi Taipei dengan negara lain.


Pertemuan Rabu itu “melanggar prinsip satu China”, kata kementerian itu, merujuk kepada dasar yang diiktiraf secara rasmi oleh Amerika sejak beberapa dekad.


“Isu Taiwan adalah utama kepada kepentingan teras China dan garis merah pertama yang tidak boleh dilepasi dalam hubungan China-Amerika,” tambah kementerian itu. AFP, Reuters.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >