Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

China kecam pertemuan Presiden Taiwan dengan Speaker AS

Apr 07, 2023 | 05:30 AM



BEIJING: Kementerian Luar China pada Khamis mengecam pertemuan antara Speaker Dewan Perwakilan Rakyat Amerika Syarikat, Encik Kevin McCarthy, dengan Presiden Taiwan, Cik Tsai Ing-wen, di California, lapor media pemerintah Xinhua.



Cik Tsai bertemu dengan satu delegasi merangkumi ahli politik Amerika dari parti Republikan dan Demokrat semasa singgah di Amerika pada Rabu (waktu tempatan) selepas melawat Guatemala dan Belize, dua daripada negara sekutu rasmi Taipei yang semakin berkurangan.



"Sebagai tindak balas kepada tindakan pakatan yang amat salah antara Amerika dengan Taiwan, China akan mengambil langkah tegas dan berkesan untuk menjaga kedaulatan negara dan integriti wilayahnya," kata kementerian itu dalam satu kenyataan yang diterbitkan oleh Xinhua.



China menganggap Taiwan sebagai wilayahnya yang memberontak yang akan disatukan semula, secara paksa jika perlu.



Beijing menentang sebarang hubungan rasmi Taipei dengan negara lain.



Pertemuan Rabu itu "melanggar prinsip satu China", kata kementerian itu, merujuk kepada dasar yang diiktiraf secara rasmi oleh Amerika sejak beberapa dekad.



"Isu Taiwan adalah utama kepada kepentingan teras China dan garis merah pertama yang tidak boleh dilepasi dalam hubungan China-Amerika," tambah kementerian itu.



Satu kenyataan berasingan yang dikeluarkan Jawatankuasa Hal Ehwal Luar Kongres Rakyat Kebangsaan pada Khamis, yang disiarkan Xinhua, menyatakan tindakan Encik McCarthy telah secara "serius mencabuli komitmen yang dibuat oleh Amerika kepada China mengenai persoalan Taiwan".



Kementerian Pertahanan China juga mengecam pertemuan Cik Tsai dan Encik McCarthy, lapor Xinhua.



"Kami dengan tegas menentang semua bentuk interaksi rasmi antara Amerika dengan Taiwan dan sebarang lawatan oleh pemimpin pihak berkuasa Taiwan ke Amerika dalam apa jua nama atau atas alasan apa pun," kata kementerian itu dalam satu kenyataan.



"(Tentera Pembebasan Rakyat) dengan tegas akan menjaga kedaulatan dan integriti wilayah China, serta keamanan dan kestabilan di seluruh Selat Taiwan," tambah kementerian itu.



Cik Ing-wen mengadakan pertemuan dengan Encik McCarthy di Los Angeles dan menzahirkan ucapan terima kasih dengan menyifatkannya sebagai menunjukkan Taiwan tidak tersisih di pentas antarabangsa.



Sebelum ini, Beijing berulang kali memberi amaran kepada Washington serta Taipei supaya tidak mengadakan pertemuan berkenaan, malah menghantar kapal pengangkut pesawatnya ke perairan berhampiran Taiwan beberapa jam sebelum perjumpaan itu berlangsung.



Tiga lagi kapal perang dikesan berada di perairan yang memisahkan Taiwan dengan China, menurut Kementerian Pertahanan Nasional Taiwan.



Selain itu, kementerian itu mendakwa sebuah helikopter antikapal selam turut melintasi zon pengenalan pertahanan udara Taiwan.



Meskipun Taiwan telah ditadbir secara berasingan selama lebih 70 tahun, China menganggap ia sebagai wilayah negara itu dan berikrar untuk merampasnya semula kelak.



Sebelum ini, China bertindak balas dengan mengadakan latihan ketenteraan yang terbesar pernah dijalankannya di udara dan laut sekeliling Taiwan pada Ogos tahun lalu berikutan tindakan Speaker Dewan Perwakilan Amerika ketika itu, Cik Nancy Pelosi, melawat Taiwan. - AFP, Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >