Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

China lancar satelit yang boleh bantu 'lindungi kepentingan maritim'

Aug 11, 2016 | 12:23 PM



SHANGHAI: Sebuah satelit yang baru dilancar akan membantu China melindungi kepentingan maritimnya, lapor akhbar rasmi China Daily pada Khamis (11 Ogos) di tengah-tengah ketegangan yang semakin meningkat mengenai wilayah yang dipertikai di Laut China Selatan.



Satelit 'Gaofen 3', yang dilancarkan pada Rabu, mempunyai sistem radar yang menangkap imej dari angkasa dengan resolusi serendah satu meter dan boleh beroperasi dalam semua cuaca, kata Pentadbiran Sains, Teknologi dan Industri bagi Pertahanan Negara kepada akhbar itu.



"Satelit itu akan memainkan peranan penting dalam memantau persekitaran marin, pulau dan terumbu, dan pesawat dan pelantar minyak," lapor China Daily, memetik ketua projek Xu Fuxiang.



"Satelit seperti Gaofen 3 akan menjadi sangat berguna dalam menjaga hak dan kepentingan maritim di negara ini," katanya, menurut akhbar itu.



Pada Julai, mahkamah antarabangsa di The Hague menolak tuntutan China ke atas Laut China Selatan yang kaya dengan sumber, dalam tindakan yang dibawa oleh Filipina.



Keputusan itu dengan lantang ditolak oleh Beijing, yang menuntut hampir keseluruhan Laut China Selatan.



Vietnam, China dan Taiwan menuntut semua pulau Spratly yang dipertikai di Laut China Selatan, manakala Filipina, Malaysia dan Brunei menuntut sebahagian daripada kawasan itu.



Vietnam dilaporkan telah mengukuhkan secara senyap-senyap beberapa pulaunya di Laut China Selatan dengan pelancar roket mudah alih baru.



Ini menyusuli gambar satelit pada Julai yang menunjukkan China kelihatan telah membina hangar pesawat yang diperkukuh di beberapa pulau yang dipertikai. - Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >