Topik diikuti
Pergi ke BHkuChina lancar tindakan keras terhadap makanan, ubat palsu
China lancar tindakan keras terhadap makanan, ubat palsu
China lancar tindakan keras terhadap makanan, ubat palsu

BEIJING: Polis China telah melancarkan kempen serata negara untuk bertindak keras terhadap jenayah berkaitan bekalan pertanian, ubat dan makanan bermutu rendah atau palsu, serta kegiatan yang merosakkan sekitaran.
Tindakan keras tiga bulan bermula 10 Oktober itu akan menyasarkan makanan dengan bahan tambahan yang dilarang, penipuan dan pengiklanan yang mengelirukan, serta ubat antineoplastik dan ubat penyakit kronik seperti tekanan darah tinggi dan kencing manis palsu, kata Kementerian Keselamatan Awam dalam satu kenyataan.
Ia juga akan menentang pengeluaran dan penjualan racun perosak, biji, baja kimia dan bekalan pertanian lain yang bermutu rendah atau palsu, katanya.
Kegiatan yang merosakkan sektiaran juga akan disasarkan, termasuk perlombongan, memancing dan pelupusan bahan pencemar secara haram, menurut kenyataan itu.
Polis China telah menyelesaikan lebih 21,000 kes dan memberkas lebih 26,000 suspek berkaitan jenayah tersebut tahun ini.
Timbalan Menteri bagi Keselamatan Awam Sun Lijun menekankan toleransi sifar terhadap jenayah itu, dan menggesa siasatan menyeluruh dalam bahagian utama serta hukuman keras bagi mereka yang didapati bersalah. - Xinhua