Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

China lapor 12 kes koronavirus baru

Apr 20, 2020 | 11:02 AM
LINDUNG DIRI: Orang ramai dilihat memakai pelitup di ibukota Beijing semalam. - FOTO: AFP
LINDUNG DIRI: Orang ramai dilihat memakai pelitup di ibukota Beijing semalam. - FOTO: AFP -

SHANGHAI: China telah mengesahkan 12 kes jangkitan koronavirus baru semalam, menjadikan seramai 16 dijangkiti berbanding hari sebelumnya sementara ia tidak melaporkan kematian baru, kata Suruhanjaya Kesihatan Nasional negara itu hari ini.

Dalam bilangan itu, lapan merupakan kes diimport berbanding sembilan pada hari sebelumnya.

Terdapat empat kes berkait jangkitan antara masyarakat, termasuk tiga di wilayah utara-timur, Heilongjiang, di sebelah Russia dan lagi satu di Mongolia Dalaman.

China juga melaporkan 49 kes koronavirus tanpa gejala pada Ahad berbanding 44 pada hari sebelumnya.

Sehingga 19 April, China mempunyai 82,747 kes jangkitan secara keseluruhan dan seramai 4,632 orang telah mati akibat virus itu. - Reuters.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg