Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

China lapor 49 kes baru, ujian Covid-19 dipergiat

Sep 14, 2021 | 05:30 AM



BEIJING: China melaporkan 49 kes baru koronavirus pada 12 September, berbanding 46 kes sehari sebelum itu, menurut Suruhanjaya Kesihatan Nasional.



Sebanyak 22 kes daripada jumlah jangkitan tersebut merupakan jangkitan dalam masyarakat, kata pihak berkuasa kesihatan itu.



Ini berbanding hanya 20 kes setempat sehari sebelum itu.



Semua kes baru dalam masyarakat dikesan di kawasan Fujian, dengan bandar Putian melaporkan 15 kes baru, enam kes di Quanzhou dan satu kes di Xiamen.



Jumlah jangkitan yang meningkat itu mendorong pihak berkuasa di Fujian untuk menjalankan ujian Covid-19 secara meluas bagi pelajar dan guru di kawasan itu yang dijangka berlangsung selama seminggu.



Sementara itu, Xiamen pula menutup dua kawasannya dan sebuah hospital selepas jangkitan Covid-19 dikesan.



Menurut Suruhanjaya Kesihatan Nasional yang dihantar ke Fujian, kes dijangka terus meningkat dalam masyarakat, sekolah dan kilang di Putian, di mana banyak kes jangkitan dikesan, dan terdapat risiko untuk terus mencatat lebih banyak kes.



"Jangkitan tersebut pada mulanya dikesan di sekolah dalam kalangan kanak-kanak kecil," menurut suruhanjaya itu.



"Skala penularan virus itu boleh dikawal sebelum cuti Hari Kebangsaan selama seminggu memandangkan semua langkah kawalan telah dikuatkuasakan."



China melaporkan 28 kes jangkitan yang tidak menunjukkan sebarang gejala, dan ia tidak meletakkan kes tersebut dalam kategori jangkitan baru, berbanding 44 kes sebelumnya.



Sehingga 12 September, China telah mencatatkan 95,248 kes jangkitan, dengan jumlah kematian yang tidak berubah pada 4,636.



Presiden China, Encik Xi Jinping berkata Khamis lalu China akan mendermakan 100 juta dos vaksin Covid-19 kepada negara yang sedang membangun tahun ini, menurut laporan media setempat CCTV.



Ikrar tersebut, yang dibuat Encik Xi semasa Sidang Brics yang diadakan secara dalam talian, menambah kepada dana AS$100 juta ($135 juta) yang akan didermakan Beijing kepada skim pengagihan vaksin global, Corvax.



Tuntutan tersebut dibuat presiden China itu bulan lalu, menurut CCTV. - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >