Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

China lapor kes pertama manusia dijangkiti selesema burung H3N8

Apr 28, 2022 | 05:30 AM



BEIJING: China telah merekod jangkitan pertama virus H3N8 selesema burung ke atas manusia, tetapi berkata risiko ia merebak dalam kalangan manusia adalah rendah.



Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan China dalam laporannya kelmarin berkata seorang budak lelaki berusia empat tahun di wilayah Henan dijangkiti varian itu selepas mengalami demam dan gejala lain pada 5 April.



Ia menambah tiada kontak rapat budak itu dijangkiti virus tersebut. Kanak-kanak itu dipercayai menyentuh ayam dan burung gagak yang diternak di rumahnya.



Varian H3N8 sebelum ini dikesan pada kuda, anjing, burung dan anjing laut tetapi tiada kes manusia H3N8 dilaporkan.



Suruhanjaya itu berkata penilaian awal menentukan varian itu belum mempunyai keupayaan menjangkiti manusia secara berkesan dan risiko wabak berskala besar rendah.



Tahun lepas China melaporkan kes pertama jangkitan strain H10N3 ke atas manusia.



China mempunyai populasi besar burung ternakan dan liar daripada pelbagai spesies, mewujudkan persekitaran ideal untuk virus burung bercampur dan bermutasi.



Banyak jenis strain selesema burung berbeza terdapat di China dan secara sporadis menjangkiti orang, biasanya yang bekerja dalam penternakan ayam.



Bulan lalu, China melaporkan kes jangkitan selesema burung H5N6, menjadikan sebanyak 17 kes di negara itu.



Kes H5N6 bulan lalu itu melibatkan wanita berusia 51 tahun dari Nanchang, wilayah Jiangxi, selepas beliau mengalami sakit teruk dan disahkan positif wabak itu.



Menurut Jabatan Kesihatan Hong Kong, wanita itu mula bergejala pada 20 Februari selepas terdedah dengan ternakan ayam hidup.



Wanita itu dimasukkan ke hospital tiga hari selepas itu dan berada dalam keadaan kritikal.



Maklumat lanjut mengenai kes itu tidak diumumkan oleh pemerintah China, kerana pengumuman kes baru kebiasaannya mengambil tempoh panjang.



Seminggu sebelum kes itu dilaporkan, China melaporkan seorang budak perempuan berusia 12 tahun dan warga emas lelaki berumur 79 tahun maut akibat virus H5N6 sejak Disember tahun lalu.



Kedua-dua mangsa tinggal di Liuzhou di Guangxi dan pernah mengunjungi pasar yang menjual ayam hidup sebelum jatuh sakit.



Tidak diketahui alasan China mengambil masa tiga setangah bulan untuk melaporkan kes tersebut.



Setakat ini, 76 orang disahkan dijangkiti selesema burung H5N6 sejak kes pertama dilapor pada 2014.



Jangkitan kes tersebut mula meningkat tahun lalu. Tahun ini 17 kes baru dan lima kematian dilaporkan.



Menurut Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), selesema burung H5N6 menyebabkan penyakit teruk ke atas manusia tidak kira peringkat umur dan membunuh separuh daripada individu yang dijangkiti.



Sehingga kini, tiada kes penularan dari manusia ke manusia disahkan. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >