Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

China lunas wang keanggotaan PBB; gesa AS lakukan sama bagi dukung usaha 'berbilang hala'

Apr 15, 2021 | 05:30 AM



PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU (PBB): China kelmarin menyatakan ia telah membayar wang keanggotaannya untuk 2021 kepada PBB dan membayangkan bahawa Amerika Syarikat, yang pembayarannya masih tertunggak, harus melunaskannya demi mendukung tindakan konkrit "berbilang hala".



China pada 13 April "telah membayar dengan penuh semua sumbangan yang telah dinilaikan ke belanjawan biasa PBB" untuk 2021, menurut satu kenyataan misi China di PBB.



Pada lewat Februari lalu, China telah membayar "lebihan penilaian bagi operasi tujuh pasukan pengamannya".



Jumlah sebenar sumbangan Beijing kepada PBB tidak diketahui.



Bagi "sumbangan kedua terbesar untuk belanjawan biasa PBB dan penilaian (operasi) pengaman, China sentiasa memberi sokongan aktif kepada kerja-kerja PBB, mengawal sepenuhnya sistem antarabangsa, dan mendukung (kerjasama) berbilang hala dengan tindakan konkrit," menurut kenyataan itu.



Amerika, di bawah kepimpinan Presiden Joe Biden yang berjanji untuk kembali berhubungan dalam diplomasi berbilang hala, merupakan penyumbang kewangan terbesar PBB tetapi menghadapi hutang sekitar AS$1.3 bilion ($1.74 bilion), termasuk AS$700 juta bagi tahun ini, menurut pegawai PBB.



Belanjawan tahunan pertubuhan sedunia itu adalah sekitar AS$3.2 bilion, sedang belanjawan berasingan bagi operasi pengaman adalah sekitar AS$6.5 bilion.



Amerika menyumbang 22 peratus kepada bajet operasi dan secara prinsipnya hampir 28 peratus untuk bajet operasi pengaman.



Pada 2017, presiden Amerika terdahulu, Encik Donald Trump, telah mengurangkan sumbangan Amerika untuk operasi pengaman kepada 25 peratus.



Beijing telah menjadi penyumbang kewangan kedua terbesar bagi operasi pengaman PBB pada 2016, dan kedua terbesar untuk belanjawan operasi pada 2019, melepasi Jepun.



"China telah memenuhi tanggungjawab kewangannya, tepat pada masa, dan tidak mengenakan syarat sejajar dengan Piagam PBB, menunjukkan peranan yang dimainkannya sebagai sebuah negara utama," menurut kenyataan China.



Negara-negara anggota "harus memenuhi tanggungjawab undang-undang mereka, memberi respons secara aktif terhadap rayuan Setiausaha Agung, dan membayar kesemua penilaian secepat mungkin," katanya.



Setiausaha Agung PBB, Encik Antonio Guterres, dalam amanatnya sempena Hari Kesihatan Sedunia awal bulan ini telah menyelar sikap beberapa negara kaya yang lebih mementingkan diri sendiri ketika menghadapi krisis.



Ketidakadilan sosial sejagat dikenal pasti sebagai punca utama kebanyakan usaha PBB sukar dapat komitmen antarabangsa.



Katanya, pembekalan vaksin Covid-19 adalah contoh terbaik, di mana ramai memberi komitmen untuk berkongsi tetapi bila tiba masanya, masing-masing mengutamakan keperluan sendiri.



"Tidak cukup dengan itu, pengeluar vaksin turut diugut dan disekat mengeksportnya ke negara yang lebih memerlukan termasuk bagi program Covax di bawah PBB. - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >