Topik diikuti
Pergi ke BHkuChina mula latihan sekitar Taiwan selepas Speaker AS Kevin McCarthy temu Tsai Ing-wen
China mula latihan sekitar Taiwan selepas Speaker AS Kevin McCarthy temu Tsai Ing-wen
FUZHOU: China memulakan latihan ketenteraannya di sekitar Taiwan pada Sabtu sebagai melahirkan rasa marah terhadap pertemuan Presiden Taiwan, Cik Tsai Ing-wen, dengan Speaker Dewan perwakilan Amerika Syarikat, dengan Kementerian Pertahanan menyatakan bahawa ia akan memberi respons secara tenang.
Latihan tersebut diumumkan sehari selepas Cik Tsai kembali daripada Amerika Syarikat, telah diketahui selepas Beijing mengutuk pertemuan dengan Encik Kevin McCarthy itu di Los Angeles.
China menganggap Taiwan sebagai wilayah miliknya dan belum pernah umumkan tentang penggunaan kekerasan bagi membawakan pulau itu di bawah kawalannya.
Pengumuman Beijing itu timbul sejurus beberapa jam selepas China menjadi hos kepada satu lawatan oleh para pemimpin kanan Eropah.
Tentera Pembebasan Rakyat berkata ia memulakan rondaan persediaan kombat dan latihan "Joint Sword" di sekitar Taiwan, menyatakan awal dari itu ia akan mengadakannya di Selat Taiwan dan ke utara, selaran serta timur pulau itu seperti yang dirancang.
"Ini satu amaran serius ke atas pasukan pemisah pembebasan Taiwan dan pakatan sulit serta provokasi kuasa luar, dan ia tindakan penting bagi mempertahankan kedaulatan nasional serta integriti wilayah," tambahnya.
Kementerian Pertahanan Taiwan berkata ia sedang memantau situasi itu, mengekalkan sikap berjaga-jaga yang tinggi dan akan memberikan respons yang sejajar untuk mempertahankan pulau itu.