Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

China panggil duta G-7 mengenai kenyataan Laut China Selatan

Apr 14, 2016 | 9:08 AM
Menteri Luar Jepun, Encik Fumio Kishida, pada majlis perasmian Mesyuarat Menteri Luar G-7 di Hiroshima pada 10 April, 2016.
Menteri Luar Jepun, Encik Fumio Kishida, pada majlis perasmian Mesyuarat Menteri Luar G-7 di Hiroshima pada 10 April, 2016. - AFP

BEIJING: Beijing telah memanggil wakil diplomatik dari negara Kumpulan Tujuh (G-7) untuk menyatakan kemarahan terhadap kenyataan negara-negara itu mengenai Laut China Selatan, kata Kementerian Luar China pada Rabu (13 Apr).

Mesyuarat dua hari Menteri Luar G-7 - sebuah kumpulan terdiri daripada Amerika Syarikat, Perancis, Canada, Jerman, Britain, Italy dan Jepun - di bandar Hiroshima, Jepun, mengeluarkan satu kenyataan bersama pada minggu ini, dan berkata: "Kami bimbang mengenai keadaan Laut China Timur dan Selatan, dan menekankan kepentingan asas bagi pengurusan dan penyelesaian pertikaian secara aman."

G-7 juga menggesa "semua negara supaya menahan diri daripada tindakan seperti menambak laut" dan "membina pos... bagi tujuan ketenteraan".

Kenyataan G-7 itu tidak menamakan China, tetapi Beijing menuntut hampir seluruh Laut China Selatan, walaupun terdapat tuntutan separa juga oleh Brunei, Malaysia, Vietnam, Taiwan dan Filipina.

"Seorang pegawai kanan salah sebuah negara G-7 menyebut bahawa China perlu mendengar suara G-7," kata jurucakap Kementerian Luar China, Encik Lu Kang, dalam taklimat berita harian dalam komen yang seolah-olah ditujukan pada Jepun, yang mempunyai pertikaian sendiri dengan Beijing di Laut China Timur ke atas pulau tidak didiami yang ditadbirnya.

Encik Lu berkata China fikirkan mesyuarat G-7 benar-benar tidak ada kaitan dengan negara itu.

Setelah kenyataan tersebut dikeluarkan, China memutuskan ada bahagian "tidak betul dan salah" di dalamnya, kata Encik Lu, oleh itu China terpaksa membuat pendiriannya jelas.

"Jadi ya, kami memanggil utusan dari negara-negara berkenaan, semata-mata menyatakan pendirian China mengenai perkara ini," katanya.

Para menteri G-7, kata beliau, "hanya cuba menghiburkan diri mereka dengan mengeluarkan kenyataan seperti itu". - AFP, Reuters

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg