Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

China rombak Kabinet, lantik sekutu Presiden Xi ke jawatan penting

Mar 13, 2023 | 05:30 AM



BEIJING: China merombak kabinetnya pada Ahad dan melantik naib perdana menteri baru yang ditugaskan membantu Presiden Xi Jinping dan Perdana Menteri Li Qiang yang baru dilantik mengemudi ekonomi yang berkembang perlahan di tengah-tengah ketidaktentuan global yang semakin meningkat.



Kongres Rakyat Kebangsaan meluluskan cadangan semakan Kabinet pada hari kedua terakhir sidang penuh tahunan Parlimen.



Ia menamakan empat naib perdana menteri, lima ahli majlis negeri, perancang negeri tertinggi, gabenor bank pusat, pengawal selia kewangan dan ahli negara dalam Majlis Negara.



Encik Xi, 69 tahun, yang memperoleh penggal lima tahun ketiga yang tidak pernah berlaku sebelum ini sebagai Presiden pada hari Jumaat, telah menyusun Kabinet bersama orang-orang terdekatnya.



Ia dalam usaha untuk memulihkan ekonomi negara yang terjejas akibat Covid-19, sambil meningkatkan keyakinan pelabur yang kendur berikutan tindakan keras pemerintah terhadao sektor swasta - daripada syarikat besar teknologi kepada pemaju hartanah - dalam beberapa tahun kebelakangan ini.



Encik Li, 63 tahun, yang disahkan sebagai Perdana Menteri pada hari Sabtu dan merupakan sekutu politik yang dipercayai Encik Xi, dan pasukan ekonomi dan kewangan barunya akan mengambil iktibar daripada Presiden untuk melonjakkan ekonomi kedua terbesar dunia di tengah-tengah hubungan yang semakin teruk dengan Amerika Syarikat, yang menganggap China yang semakin tegas sebagai ancaman dan saingan.



Di dalam negeri, menangani pengangguran belia yang tinggi, iaitu kira-kira 17 peratus pada akhir tahun lalu, dan rekod 11.58 juta graduan yang akan membanjiri pasaran pekerjaan tahun ini, juga membebankan penggubal dasar.



Pada hari Ahad, Parlimen mengesahkan E`ncik Ding Xuexiang, orang kanan Encik Xi, sebagai Eksekutif atau Naib Perdana Menteri Nombor 1, memberi kepercayaan kepadanya untuk membantu menguruskan ekonomi domestik. Walaupun Encik Ding tidak mempunyai pengalaman mengendalikan wilayah mahupun mengendalikan hal-hal ekonomi, beliau telah bekerja di pelbagai cabang parti dan mahir dalam penyelarasan.



Seorang jurutera terlatih, Encik Ding, yang tugas pertamanya di Institut Penyelidikan Bahan Shanghai, boleh memainkan peranan penting dalam memacu China agar berdikari dari segi teknologi bagi menghadapi sekatan cip Amerika Syarikat.



Pada usia 60 tahun, Encik Ding menjadi yang termuda ahli Jawatankuasa Tetap Biro Politik ke-20 Parti Komunis China (CPC) - puncak kuasa negara - semasa kongres kebangsaan CPC pada Oktober 2022. Daripada tujuh ahli Jawatankuasa Tetap, beliau adalah satu-satunya yang dilahirkan pada tahun 1960-an.



Tiga lagi naib perdana menteri berada dalam Politbiro yang mempunyai 24 ahli parti, satu takuk di bawah Jawatankuasa Tetap.



Naib Perdana Menteri He Lifeng yang baru dilantik, 68, seorang lagi setiausaha Xi dan pernah menjadi perancang negara tertinggi, ialah czar ekonomi baru, mengambil alih daripada Encik Liu He yang telah bersara yang memainkan peranan penting dalam menguruskan perang perdagangan AS-China.



Encik He, yang memiliki ijazah kedoktoran dalam bidang ekonomi, naik pangkat di wilayah Fujian tempat beliau bekerja selama 25 tahun, termasuk dengan Encik Xi di Xiamen ketika beliau menjadi naib datuk bandar pada 1980-an.



Dua lagi naib perdana menteri ialah bekas setiausaha parti wilayah Shaanxi, Liu Guozhong, 60 tahun, dan bekas setiausaha parti wilayah Liaoning, Zhang Guoqing, 58 tahun, kedua-duanya teknokrat berkebolehan tinggi yang kini digemari Encik Xi untuk membantu memenuhi cita-citanya menjadikan China sebagai kuasa besar teknologi.



Sebagai sebahagian daripada rombakan Kabinet, jurutera aeroangkasa dan jeneral Tentera Pembebasan Rakyat Li Shangfu, 65, dinamakan Menteri Pertahanan, mengambil alih jawatan Jeneral Wei Fenghe yang telah bersara.



Gabenor Zhejiang, Zheng Shanjie, 61 tahun, akan mengambil alih daripada Encik He sebagai perancang negara.



Tetapi hampir semua anggota Kabinet lain mengekalkan jawatan mereka, termasuk gabenor bank pusat Yi Gang, 65 tahun; Menteri Kewangan Liu Kun, 66 tahun; dan Menteri Perdagangan Wang Wentao, 58 tahun. - The Straits Times




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >