Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

China: Sekatan antarabangsa 'tidak boleh diterima'

Jan 5, 2023 | 5:30 AM
ad6c96d1-6d78-4b42-aaaa-b4af642510a9
-

BEIJING: China kelmarin menyifatkan sekatan antarabangsa yang semakin meningkat ke atas pelancong dari negaranya sebagai "tidak boleh diterima".

Ini selepas lebih sedozen negara mengenakan sekatan baru Covid-19 ke atas pelawat dari negara paling ramai penduduk di dunia itu.

Amerika Syarikat (AS), Canada, Jepun dan Perancis adalah antara negara yang mendesak semua pelancong dari China memberikan ujian negatif Covid-19 sebelum ketibaan, apabila kebimbangan semakin meningkat mengenai lonjakan kes.

Peningkatan mendadak dalam jangkitan di China berlaku selepas Beijing secara tiba-tiba menarik balik sekatan ketat selama bertahun-tahun pada bulan lalu, dengan hospital dan pusat pembakaran mayat berdepan kesukaran menguruskan mayat yang meningkat.

Beijing bagaimanapun memutuskan untuk meneruskan dengan pembukaan semula yang telah lama ditunggu-tunggu.

Pada minggu lalu ia mengumumkan penamatan kuarantin wajib semasa tiba - langkah yang mendorong rakyat China merancang perjalanan ke luar negara.

Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan (NHC) turut menjelaskan, pelancong hanya memerlukan ujian saringan Polimerase-Transkripsi Terbalik (RT-PCR) yang diambil 48 jam sebelum penerbangan untuk memasuki China.

"Berdasarkan undang-undang kuarantin kesihatan kebangsaan, langkah kuarantin penyakit berjangkit tidak lagi akan diambil terhadap pengembara dan barangan yang masuk," kata NHC bulan lalu.

Semasa mengadakan taklimat dengan pihak media kelmarin, jurucakap kementerian luar China, Cik Mao Ning, menyelar tindakan negara asing yang "menyasarkan rakyat China"

"Sesetengah negara telah mengambil sekatan kemasukan yang menyasarkan China," katanya dan memberi amaran Beijing boleh "mengambil tindakan balas berdasarkan prinsip timbal balik".

AS menyatakan ia telah mengambil tindakan itu disebabkan "kekurangan data yang mencukupi dan telus" dari China dan kebimbangan bahawa beban kes yang berat boleh melahirkan varian baru. - AFP.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg