Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

AS, China setuju beri komitmen tangani krisis iklim di ambang Sidang Hari Bumi

Apr 18, 2021 | 04:39 PM



SHANGHAI/WASHINGTON: China dan Amerika Syarikat sepakat menekankan bahawa ikrar lebih teguh perlu dilaksanakan bagi melawan perubahan iklim sebelum pusingan baru perbincangan di peringkat antarabangsa diadakan akhir tahun ini.



Ini dijelaskan dua negara ini dalam satu kenyataan bersama pada Ahad (18 April). Kenyataan itu dikeluarkan selepas mesyuarat antara Wakil Khas bagi Perubahan Iklim China, Encik Xie Zhenhua, diadakan bersama rakan sejawatnya di Amerika, Encik John Kerry di Shanghai, Khamis dan Jumaat lalu.



“Amerika dan China komited bekerjasama dengan satu sama lain di samping negara lain juga dalam menangani krisis iklim ini,” jelas kenyataan bersama itu.



Kedua-dua negara akan terus berbincang mengenai “langkah konkrit pada tahun 2020-an yang boleh diambil bagi mengurangkan pengeluaran gas demi memastikan had suhu Perjanjian Paris mampu dicapai”.



Encik Kerry tiba di Shanghai pada malam Rabu lalu di bawah protokol ketat Covid-19. 

Beliau kemudian dipindahkan ke hotel terpencil yang tidak dibuka buat orang awam sebelum berkunjung ke Seoul.



Persinggahannya di Shanghai adalah lawatan peringkat atasan Amerika yang pertama dilakukan sejak pentadbiran Presiden Joe Biden mengambil alih.



Pertikaian antara Amerika dengan China mengenai isu perubahan iklim ini berlanjutan di Alaska bulan lalu.



Siri perbincangan ini juga petanda dialog iklim disambung semula antara dua pengeluar gas rumah kaca terbesar dunia.



Ia merupakan satu perkembangan baik di ambang Sidang Puncak Hari Bumi buat pemimpin dunia yang akan dihoskan secara maya oleh Presiden Biden pada Khamis dan Jumaat ini.



Perbincangan dua hala ini terhenti sewaktu pentadbiran mantan Presiden Donald Trump yang mengundurkan diri daripada Perjanjian Paris 2015 selepas mendakwa perniagaan Amerika dihukum secara tidak adil menerusi perjanjian ini.



Amerika dijadualkan mengumumkan ikrar baru bagi mengurangkan pengeluaran gas rumah kaca negara itu dalam usaha menawan kembali kepercayaan rakan sekutu dari negara luar. – Reuters



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >