China siap bina kapal 'raksasa' kedua, akan kerah di Laut China Selatan

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

China siap bina kapal 'raksasa' kedua, akan kerah di Laut China Selatan

Jan 11, 2016 | 10:07 AM

China siap bina kapal 'raksasa' kedua, akan kerah di Laut China Selatan

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Kapal pengawal pantai mega kedua China, sebagaimana yang disiarkan dalam talian. Ia akan dikerah ke Laut China Selatan, sekali gus dijangka menaikkan ketegangan di laut itu.
Kapal pengawal pantai mega kedua China, sebagaimana yang disiarkan dalam talian. Ia akan dikerah ke Laut China Selatan, sekali gus dijangka menaikkan ketegangan di laut itu. -

BEIJING: China telah selesai membina kapal pengawal pantai mega keduanya dan mungkin akan mengerahkannya di Laut China Selatan, menurut laporan media China pada Ahad (10 Jan).

Ia menyertai sebuah lagi kapal 10,000 tan China yang dilaporkan siap tahun lepas dan meronda Laut China Timur, sebagai kapal pengawal pantai terbesar di dunia, lapor akhbar The Straits Times pada Isnin (11 Jan).

Langkah itu nampaknya akan meningkatkan kehadiran China di perairan yang dipertikai di Laut China Selatan, hanya beberapa hari selepas seorang pesara pegawai kanan Tentera Pembebasan Rakyat (PLA) berkata tentera China mungkin menjalankan ujian penerbangan tidak lama lagi dari sebuah lapangan terbang kontroversi di Kepulauan Spratly yang dipertikai.

Ini datang sedang Jepun memutuskan bahawa pesawat peronda P-3Cnya yang pulang daripada kegiatan antipelanunan di luar pantai Somalia akan memberi keutamaan kepada persinggahan di pangkalan negara yang menghadap Laut China Selatan, termasuk Filipina dan Vietnam, lapor akhbar Yomiuri Shimbun.

Penyiapan dan rancangan mengerahkan kapal pengawal pantai "raksasa" kedua China akan menjadi "asas kekuatan penguatkuasaan maritim negara ini", kata laporan.

Laman web berita berpangkalan di Beijing, Guancha, berkata kapal itu akan mempunyai anjakan sebanyak 12,000 tan dan kelajuan tertinggi 25 knot. Ia menambah bahawa kapal itu akan dilengkapi dengan tembak cepat utama 76mm, dua tembak pertengahan dan dua tembak antipesawat.

Kapal "Pengawal Pantai China (CCG) 3901" itu juga akan mempunyai pad helikopter. Reka bentuknya sama dengan CCG 2901, yang dikerahkan tahun lalu di Laut China Timur, di mana China mempunyai pertikaian wilayah dengan Jepun.

Sebelum ini, kapal peronda CCG terbesar hanya 4,000 tan metrik.

Kapal "raksasa" sebahagian daripada rancangan pembinaan kapal kukuh CCG.

Para pakar berkata China dengan cepat mengembangkan armada pengawal pantai sebagai sebahagian daripada rancangan mengukuhkan keupayaan tentera lautnya.

Ini berlaku di tengah-tengah ketegangan yang meningkat di Laut China Selatan sedang China dilihat sebagai semakin tegas dalam tuntutan wilayah yang bertindih dengan Vietnam, Filipina, Malaysia dan Brunei.

"Satu kapal pengawal pantai 10,000 tan tidak cukup untuk Laut China Selatan. Kita boleh menjangka an lebih banyak kapal serupa itu akan dibina," kata seorang pakar tentera, Encik Song Zhongping.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg