Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

China sumbang $2.84b bagi sokong tindak balas global terhadap Covid-19

May 19, 2020 | 09:00 AM



BEIJING: Presiden China, Encik Xi Jinping, semalam berkata negaranya akan menyumbang AS$2 bilion ($2.84 bilion) untuk menyokong tindak balas global Covid-19 selama dua tahun.



Selain itu, China juga akan menubuhkan hab kemanusiaan antarabangsa dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di China untuk memastikan rantaian bekalan barang-barang keperluan dapat dijalankan dengan lancar.



Ini dinyatakan beliau semasa mesyuarat tahunan Perhimpunan Kesihatan Sedunia yang dijalankan secara televideo semalam.



Semasa mesyuarat itu, beberapa pemimpin antarabangsa menyatakan sokongan kepada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), tetapi Setiausaha Agung PBB, Encik Antonio Guterres, mengetengahkan masalah yang dihadapi dengan jelas.



"Kita telah melihat kesepaduan, tetapi sangat sedikit kesatuan dalam tindak balas kita terhadap Covid-19," katanya ketika membuka pertemuan itu.



"Berbagai negara telah mengikuti strategi yang berbeza, kadang-kadang bertentangan dan kita semua membayar harga yang berat," katanya, sambil menambahkan bahawa banyak negara telah mengabaikan cadangan WHO.



Sementara itu, selain dari panggilan untuk meneliti tindak balas antarabangsa terhadap krisis, yang ditangani oleh Encik Xi dalam ucapannya, masalah lain yang berpotensi menjadi masalah yang tidak dapat ditangani adalah pengecualian Taiwan daripada badan kesihatan antarabangsa itu.



Hampir 15 negara, termasuk Belize, Guatemala dan Honduras, telah menulis surat kepada ketua WHO, Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus, meminta agar penyertaan Taiwan dimasukkan ke dalam agenda.



Beijing telah mengizinkannya menghadiri Majlis Kesihatan Sedunia sebagai pemerhati antara 2009 dan 2016, tetapi menyekat pulau itu dari penyertaan setelah Presiden Taiwan Tsai Ing-wen, telah menolak prinsip satu-China.



Dalam pada itu, China juga menyokong siasatan menyeluruh terhadap tindak balas global terhadap penularan wabak koronavirus, kata Presiden Xi Jinping semalam, walaupun beliau mempertahankan langkah negaranya menangani penularan wabak itu semasa pertemuan antarabangsa itu.



Resolusi yang didorong oleh Kesatuan Eropah dan Australia untuk mengkaji semula asal usul dan penyebaran koronavirus telah mulai mengumpulkan sokongan antarabangsa semasa Encik Xi mengajukan perkara tersebut semasa pertemuan itu.



China sebelum ini menolak seruan untuk melakukan penyelidikan seperti dikehendaki Amerika Syarikat dan Australia, tetapi Encik Xi memberi bayangan semalam beliau akan menyokong siasatan bebas.



"Usaha itu harus berdasarkan sains dan profesionalisme, yang dipimpin oleh WHO dan dilakukan secara objektif dan tidak memihak," katanya.



Beijing telah bersikap terbuka, telus dan bertanggungjawab, dan cepat untuk berkongsi data urutan genom virus dengan dunia, kata pemimpin China itu.



"Kami telah melakukan segala daya untuk menyokong negara-negara yang memerlukan," katanya.



Sedang wabak, yang bermula di kota Wuhan di China pada  Disember thaun lalu, telah membunuh lebih 310,000 orang dan menjangkiti lebih 4.8 juta di seluruh dunia, China mengalami tekanan yang semakin meningkat.



Para pemimpin dunia, termasuk Encik Xi, meminta kerjasama yang lebih besar antara negara-negara, dan lebih banyak bantuan diberikan kepada negara-negara yang rentan seperti di Afrika yang memiliki sumber daya yang terbatas.



Vaksin, apabila berjaya dibangunkan, akan dijadikan kebaikan umum global, kata Presiden Xi. 



"Ini akan menjadi sumbangan China untuk memastikan vaksin itu kelak mudah didapatkan dan berkemampuan bagi negara-negara membangun," katanya.



Menteri-menteri kesihatan dari 194 negara semalam membincangkan bagaimana menangani wabak itu dalam pertemuan maya dua hari itu, sedang beberapa negara Eropah telahpun menamatkan perintah berkurung.



Kedai dan restoran di Itali dibuka semula semalam setelah 10 minggu. Pengunjung beratur di luar Basilika Santo Petrus di Vatikan, mematuhi peraturan menjauhkan sosial.



Sementara itu, Greece membenarkan pelawat kembali ke Acropolis manakala Sepanyol pula mengatakan akan mengangkat kawalan sempadan pada akhir bulan Jun. - The Straits Times




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >