Topik diikuti
Pergi ke BHkuChina tangguh tambahan tarif ke atas AS
China tangguh tambahan tarif ke atas AS
Kededua negara setujui perjanjian perdagangan "fasa satu" Jumaat lalu
China tangguh tambahan tarif ke atas AS

-
Ikuti topik ini:
Log masuk untuk ikuti
Dec 16, 2019 | 5:30 AM
BEIJING: China telah menangguhkan tarif tambahan yang dirancang ke atas beberapa barangan Amerika Syarikat yang sepatutnya dilaksanakan semalam, kata suruhanjaya tarif kastam Majlis Negeri semalam, selepas dua negara itu menyetujui perjanjian perdagangan "fasa satu" Jumaat lalu.
Perjanjian itu mengurangkan beberapa tarif Amerika sebagai pertukaran bagi apa yang pegawai Amerika kata akan menjadi loncatan besar dalam pembelian China bagi produk pertanian Amerika dan barangan lain.