Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

China tuduh AS godam universiti jalani program aeronautik dibiaya pemerintah

Sep 07, 2022 | 05:30 AM



BEIJING: China menuduh agensi intipan Amerika Syarikat (AS) menggodam universitinya yang menjalankan program aeronautik dan penyelidikan angkasa lepas yang dibiayai pemerintah.



Pusat Tindak Balas Kecemasan Virus Komputer Nasional China dalam satu kenyataan berkata Pejabat Operasi Akses Agensi Keselamatan Negara AS (NSA) didakwa melakukan serangan ke atas Universiti Politeknik Barat Laut di Xi'an.



Pasukan dari pusat tersebut dan 360 Security Technology Inc. menganalisis sistem maklumat universiti selepas serangan dari luar negara dilaporkan pada Jun lalu, tambah pusat itu.



China mendakwa NSA menjalankan lebih daripada 10,000 serangan siber "ganas" ke atas sasaran China dalam beberapa tahun kebelakangan ini dan mengumpul lebih daripada 140 gigabait data "yang bernilai hebat," katanya.



Penyiar negara China, Central Television, dan media utama yang lain melaporkan tentang dakwaan penggodaman di Universiti Politeknik Barat Laut.



Universiti tersebut bergabung dengan Kementerian Perindustrian dan Teknologi Maklumat menjalankan program penyelidikan dalam bidang aeronautik, astronautik dan kejuruteraan teknologi marin.



Akhbar Global Times Parti Komunis turut menulis catatan di laman Twitter mengenai laporan itu dan meletakkannya di akaun media sosial Weibo.



Berita itu adalah antara topik trending teratas di Weibo kelmarin, menarik 210 juta tontonan.



Sebelum ini, polis di Xi'an dalam satu kenyataan pada Jun lalu menyatakan bahawa universiti tersebut melaporkan ia telah mengesan e-mel pancingan data yang menimbulkan "ancaman keselamatan yang serius" kepada pangkalan data kritikal.



NSA dan Jabatan Negara Amerika enggan mengulas mengenai dakwaan itu.



Beijing dan Washington telah sekian lama terlibat dalam perang mulut berhubung pengintipan siber, dengan China secara langsung menamakan agensi pemerintah Amerika dalam tuduhannya.



Amerika telah berusaha untuk membezakan antara operasi yang dijalankannya bagi tujuan keselamatan negara dan pengintipan perindustrian dengan mendakwa China melancarkan intipan terhadap syarikat Amerika.



Pengarah Biro Siasatan Federal, Encik Christopher Wray, memberi amaran kepada syarikat-syarikat Barat pada Julai lalu bahawa China berhasrat untuk "menggeledah" harta intelek mereka supaya akhirnya dapat menguasai industri utama.



Kedua-dua negara sebelum ini bersetuju untuk tidak membenarkan kecurian siber harta intelek atau rahsia perdagangan semasa lawatan negara Presiden China, Encik Xi Jinping, ke Washington pada 2015.



Seorang penganalisis kanan di Institut Dasar Strategik Australia, Cik Samantha Hoffman, berkata terdapat peningkatan dalam tuduhan China mengenai serangan siber Amerika dan Amerika harus bertindak balas dengan butiran khusus mengenai China yang terlibat dalam pengintipan.



Baru-baru ini, Beijing telah mengubah strateginya dengan terus menuduh AS melakukan serangan siber dan menamakan sasaran.



Pada Februari lalu, firma keselamatan siber China, Pangu Lab, berkata ia menemui aktiviti penggodaman tajaan Amerika di China, yang didakwa dicipta oleh kumpulan penggodaman Equation, yang dikaitkan dengan NSA. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >